Sunday 12 February 2017

Anniversary

Alhamdulillah dah 18 tahun usia perkahwinan kami semoga jodoh berkekalan sehingga ke jannah. Paling tidak ku sangka bila Najla buat suprise ya allah pertama kali dalam sejarah hidup mama dapat hadiah anniversary macam ni dari anakanda tercinta. 

Ada "orang" datang hantar kat kedai 

Birthday Ain

Suprise Birthday untuk  Ain, Najla plan dengan geng2 kesian birthday girl dengan pakai tudung senget sebelahnya redho jerlah dengan gelagat kengkawan.

Thursday 2 February 2017

Rumah abah

Sayu hati tengok rumah ni. Sejak dibina lebih dari sepuluh tahun kami tidak pernah tinggal disini. Abah berhajat nak pindah kampung tapi sampai sekarang hajat tidak kesampaian malah tidak mungkin menjadi kenyataan tambahan pula dengan keadaan abah yang sudah uzur sekarang. Pada aku abah dan ma kena tinggal di KL supaya mudah untuk anak2 menjenguk. Kelantan terlalu jauh 2 hari sahaja adalah perjalanan jika terjadi apa2 emergency bukan mudah untuk kami sampai dengan cepat. Dalam setahun mungkin hanya tiga atau empat kali sahaja boleh balik kelantan kerana masing2 terikat dengan kerja. 

Pada mula abah buka mulut nak buat rumah aku dah tak setuju malah adik beradik lain pon tidak bersetuju tapi abah tetap dengan pendiriannya, aku sangat yakin rumah ini nanti akan menjadi rumah tinggal dan akan membawa banyak masalah dan sekarang andaianku terbukti benar. Entah berapa ramai penyewa yang pernah tinggal disini kebanyakannya bermasalah untuk membuat pembayaran ada yang berbulan2 tidak membayar sewa. Rumah pulak sudah banyak kerosakan. 

Tak tahulah apa nasib rumah ni beberapa tahun akan datang abah sudah tidak larat nak balik kelantan kecuali jika anak2 yang bawa. Antara kami adik beradik tak der sorang pon nak tinggal di Kelantan rasanya jalan yang terbaik jual sahaja rumah ni...mungkin tidak sekarang....satu hari nanti akan tiba masanya. 

Rumah besar yang tidak berpenghuni...
Pic dari google