Yer saye pahammmm...
Monday 26 May 2014
Hello sape di sana. ....
Yer saye pahammmm...
Friday 23 May 2014
Resepi Makaroni Bakar Barempah
Meh nak kasi resepi bahan-bahan 200 gm makaroni rebus dulu, 2 cawan susu full cream, 5 biji telur, 2 biji bawang besar didadu, 5 ulas bawang putih dicincang, 3 sudu besar rempah kari daging (guna kari babas), 200 gm daging hancur, garam, bahan perisa dan gula secukup rasa, kalau nak pedas potong cili api ( biasalah selera melayu )
Cara-caranya mula2 rebus makaroni dan toskan, tumis bawang besar, bawang putih, halia, rempah kari sehingga naik bau kemudian masukkan daging hancur kacau sehingga daging masak kwmudian masukkan makaroni gaul rata. Blander 1/2 cawan tepung,2 cawan susu dan 5 biji telur.Masukkan dalam bekas kesemua bahan. Taburkan mozarella cheese dan bakar selama 30 minit bila dah masak taburkan cili dan daun sup ok siap senang lagi sedap cubalah. ...
Monday 19 May 2014
Terima kasih daun keladi....
Friday 16 May 2014
Cara-cara buat wonton atau dimsum
Tuesday 13 May 2014
Ikan Kerapu Harimau
Monday 12 May 2014
Nasi kerabu paling sedap kat Setiawangsa
Sapa nak rasa nasi kerabu paling sedap boleh la cuba gerainya di berhadapan CIMB setiawangsa. Walaupun harganya agak mahal tapi puas hati dan paling penting bersih. Waktu berniaga bermula 5 petang sampai malam. Ada berbagai jenis pilihan lauk yang sedap2 dan menyelerakan. Masa aku mengandung boleh dikatakan tiap2 hari nak pekena nasi kerabu kak kemala. Rasanya kalau makan nasi kerabu tiap2 hari pun ok sebab makanan sihat.
Sunday 11 May 2014
Sabarajelah.....
Biasanya sebelum kuar rumah aku akan dukung Arissa sebelah kanan dan handbeg sebelah kiri beg pam dan botol susu minta Najla atau Aimi bawakkan. Dah beberapa kali terjadi bila sampai jer rumah ma beg susu tak de maknanya dua orang anak dara aku tak bawak ya allah masa tu rasa nak nangis terpaksa balik rumah semula kalau dah patah balik tentulah akan lambat sampai ofis sebab jalan jam.
Ni kisah Aimi dan Najla selalu buat hal pagi2 bila dah masuk kereta tiba2 dia cakap eh mama mek lupa nak bawak beg la ingatkan beg mek dalam kereta rupanya mek dah bawak naik adoiii pagi2 dah buat mama naik angin kebetulah pulak dah lambat terpaksa tunggu dia naik ambil beg sekolah. Kalau Najla selalunya tertinggal buku mama kakak lupa buku sejarah tertinggal kat bilik belajar dan macam2 yang tertinggal selepas masuk dalam kereta.
Selalu Aimi akan tinggalkan kasut dalam kereta (kereta aku dah mcm stor kasut dia) naik rumah hanya pakai selipar bila sampai depan sekolah nak pakai kasut (dah memang tabiat dia sampai sekolah baru nak pakai stokin dan kasut) udah tak de kasut rupanya dia tak bawak balik kasut tinggal kat rumah Tok Wan terpaksa la pergi rumah Tok Wan ambil kasut sekolah dia dan hantar balik gi sekolah. Ni masih kisah kasut tapi kes tertukar kasut dengan kasut kakak bila sampai depan sekolah baru tahu kasut sebelah lain kasut kakak sebelah ...kasut dia sebelah bila dah macam ni jawabnya tak yah la pegi sekolah.
Kisah yang paling stress bila sampai rumah penat2 balik kerja kunci rumah tak de dalam beg puas cari segala celah tak hado tak tau tinggal kat mana nak call en suami takut kena marah so terpaksalah anak beranak patah balik kerumah Tok Wan... sendiri silap sendirilah tanggung.
Yang paling best dan paling tak boleh blah kunci kereta jatuh kat celah lubang lift macam mana tu yer dalam banyak2 tempat kat celah lubang tu jugak ko nak jatuh bila kunci kereta tak de terpaksalah aku bercuti tak boleh nak pergi kerja kena tunggu lift maintenance datang ambil kunci nun dalam lubang lift sejak dari peristiwa tu sampai sekarang aku cukup takut pegang kunci bila sampai depan lift.
Saturday 10 May 2014
Lunch hari ibu....
Thursday 8 May 2014
Makaroni Goreng Seafood
Tuesday 6 May 2014
Terlajak pedas......
Monday 5 May 2014
Nasi arab kegemaran kami
(Kalau nak resepi carik sendiri lah yer kat sini malas nak taip)
Sunday 4 May 2014
Oh marble kek
Sukat pakai cawan jer
Saturday 3 May 2014
Rendang daging
Masa kecik dulu bila nak makan rendang dengan ketupat hanya bila hari raya sekarang bila teringin bila2 boleh buat cuma rajin dan tidak jer faham2 la nak buat rendang menunggu rendang kering tu yang leceh. Masak lama perabih sekejap ja. Aku selalu buat rendang daging kalau rendang ayam guna ayam kampung baru sedap ni buat sebab en suami teringin nak makan.