Rapat betul Arissa dengan kakak Aimi, kalau kakak Aimi dukung, mama pun dia tak heran kakak pulak pandai melayan gelak mengekek- ngekek, tak mustahillah dia sangat rapat dengan Aimi sebab sejak dalam perut setiap kali nak tido dan turun dari kereta nak ke sekolah Aimi mesti cium perut aku sambil cakap "akak pergi sekolah dulu adik". Dan sekarang bila kakak balik sekolah dia mesti hulur tangan nak suruh dukung kalau kakak boo layan Arissa akan menangis macam sakit2 ( ayat Tok Wan ).
Thursday, 30 October 2014
Wednesday, 29 October 2014
Bekal
Masa sekolah rendah aku selalu bawak bekal gi sekolah nak jimat....duit belanja simpan tapi bila sekolah menengah alahai malu pulak nak bawak bekal konon.......padahal kalau bawak bekal lagi sedap kawan2 mesti nak mengendeng( aku lah tu budak yang suka mengendeng bekal kawan). Aimi dengan Najla jarang bawak bekal sebab mama dia malas nak bangun pagi2 (wooo mengaku pulak) tapi kalau diorang exam aku akan masak. Tak sempat la pagi2 terkejar kejar aku bukan 'supermak' kalau orang cakap orang lain boleh asal ko tak boleh....eh aku punya pasallah aku tak boleh nak wat caner?????.
Korang rasa yang mana satu bekal aku ? haa....... pandai tentulah yang kecik sekali tu aku kan diet, bekal yang 'bapak besau' tu sape pulak yang punya, malas nak citer korang jawab sendirilah
Korang rasa yang mana satu bekal aku ? haa....... pandai tentulah yang kecik sekali tu aku kan diet, bekal yang 'bapak besau' tu sape pulak yang punya, malas nak citer korang jawab sendirilah
Tuesday, 28 October 2014
XPDC Rabani @ Taman Negara part 2
Lambat pulak ada mood nak sambung citer asal Taman Negara. Sehari suntuk aku merasai kepenatan yang berganda, sebelah pagi hampir 5 jam trekking dalam hutan petang pulak sambung aktiviti rapid shooting dan lawatan ke perkampungan orang asli Batek. Pada mulanya aku decide tak nak pergi sebab terlalu letih, tapi memikirkan mungkin ini pengalaman pertama dan terakhir dalam hidup aku, maka aku gagahkan jugak untuk turut serta. Ternyata keputusan aku sangat tepat sebab dapat merasai satu pengalaman yang "awesome" habis basah lencun kami akibat terkena percikan air yang kuat apabila bot melalui kawasan yang berjeram serius sangat seronok.
Melawat perkampungan orang Asli kaum Batek kami di pertontonkan dengan cara kehidupan nomad mereka. Kanak2 orang Asli Batek sangat pemalu puas aku panggil nak kasi gula2 menyorok2 pulak sampai berkejar2 dengan mereka hanya kerana nak kasi gula2.

Kedai makan terapung di Kuala Tahan
Ada 12 group kesemuanya bermakna ada 12 bot
Tuan punya belog yang terlebih excited
yahoooo
Hujan renyai-renyai....
Khusuk mendengar penerangan tentang Orang Asli Batek
Kami.....
Perkampungan orang Asli Batek
Mari2 makcik nak kasi gula2
Bergambar kenangan dengan CEO
" facebook" dah putus tinggal kenangan
Dengan awet cun orang asli
Kesian kehidupan mereka serba kekurangan.....
Group Alam Rimba.....
Anak angkatku Mariah keri sama tak sama tak hehehe
Jom balik
Monday, 27 October 2014
Budak lebih.....
Kisah budah lebih yang suka berlebih-lebih. Selama ni kalau makan kat rumah dia akan berlebih dari kami, semua makan nasi sepinggan dia dah 2 pinggan itu perkara biasa. Kalau abah buat roti john seorang satu tapi untuk dia sudah tentu 2. Kalau tok wan masak sedap lauk kegemaran balik sekolah makan dan bawak bekal lagi untuk ke sekolah agama. Pendek kata kalau layan kemahuan selera dia boleh jadi tong dram budak sorang ni. Aku selalu bising kalau dia makan banyak tapi abah dia kata biarkan dia makan selagi dia berselera nak makan.
Sekarang dan boleh kongsi baju dan kasut dengan kakak tapi seluar tak boleh sebab kakak terlalu kurus. Kalau dia pakai seluar kakak alamatnya tak bernafas.
Semalam dia cerita mama nak tahu makcik kantin baik dengan mek tau....kalau mek pesan esok buat meehon sup. ...makcik kantin mesti buat kalau mek kata mak cik esok buat laksa mak cik kantin akan masak laksa haaa hebat tak mek mama. ...mek ni peramah semua orang kantin kenal mek....(bab peramah tu mmg mama akui).
Setiap kali beli makanan mek akan mintak lebih mula2 dulu mek mesti cakap mak cik saya nak lebih tau....tapi sekarang nampak jer muka mek makcik kantin kata tak yah pesan makcik dah tahu kamu mesti lebih. Dulu hanya makcik kantin sorang yang tahu makanan mek mesti lebih tapi sekarang 4 orang pekerja kantin dah tahu sampai diorang panggil mek "budak lebih" so mek tak yah mintak lebih diorang dah paham makanan mek mesti lebih. Alahai anak hebatnya ko nak......sampai dah dapat gelaran " budak lebih" gara2 kuat makan...jangan sampai seluar mama pun ko muat sudah.... jenuh pulak dua beranak berebut seluar.
Budak lebih dengan BFF

Budak lebih masa kecik
Saturday, 25 October 2014
Jeruk mangga asam boi
Sekarang dalam fb jeruk mangga asam boi semacam sudah menjadi satu fenomena setiap kali tengok terkecur air liur. Semalam pergi pasar malam beli sekilo mangga lemak alang2 dah buat biar banyak terus. Aku guna mangga lemak sebab tak suka masam. Mangga lemak yang muda tak ada biji belah dua potong nipis2. Asam boi guna yang warna putih, cili api 6 biji itupun dah terasa kepedasannya. Gula hanya taburkan kasi lebih sikit ....manakala garam agak2 sendiri....gauskan semua bahan2 masuk dalam peti ais senangkan....kalau beli mahal jugak la rm 14 sebotol padahal benda senang ja.
Tak terkecur air liur ko jah........
Friday, 24 October 2014
Laksa penang air tangan bonda
Pagi2 tekak teringin nak makan laksa call ma minta tolong belikan bahan2 sebab pagi2 ma pegi pasar karang tengahhari sikit nak datang masak alih2 ma call kasi tau laksa dah siap....tinggal makan ja apa lagi sepantas kilat aku datang makan bersyukurnya masih ada bonda boleh la nak mengada2.
Thursday, 23 October 2014
XPDC Rabani @Taman Negara Part 1
Akhirnya tercapai juga hajat nak menjejakkan kaki ke sini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Kuala Lumpur melalui kawasan ladang sawit felda Jengka yang luas, jalan yang agak sempit. Team building biasanya aktiviti penuh tak ada masa la nak rehat2. Malam tu juga ada jungle night walk sepanjang trekking mulut terkumat kamit membaca ayat kursi aku bukan takut binatang tapi takut tut..... dikhabarkan ada 4 orang kena histeria pada malam tu rupanya mengikut kata guide kami En Bad wanita yang period sering terkena gangguan.
Keesokan hari aktiviti kami dimulai dengan berkawat kemudian trekking dalam hutan lebih kurang 5 jam . Memang terasa keletihannya untuk aku yang langsung tidak pernah exercise ni semput akak dik non.... mula la terasa sakit pinggang dan betis rasa nak kejang. Sampai KL turun bas tak boleh jalan, kaki kejang terpaksa pergi urut reflexsiology penyudahnya 2 hari aku MC betis tegang tak leh jalan. Rasanya kalau selepas ini diberi peluang untuk ke Taman Negara akak tobat tak nak pegi lagi cukuplah merasa sekali tak nak pergi doh....penatnya sampai seminggu. Faktor usia memang bukan penghalang tapi faktor stamina adalah halangan utama aku.
Sebelum bertolak bergambau dulu
Singgah makan di RnR Temerluh yang terkenal dengan Gulai Ikan Patin
Melalui laluan yang sempit goyangan bas membuat aku pening

Dah sampai berehat seketika di chalet masing2 sebelum memulakan aktiviti di sebelah petang
Night walk aku sorang pakai baju hujan sebab hujan tau jangan korang pelik lak yer...
Di hadapan pintu masuk Taman Negara
Bergambar kenangan bersama Datuk Che Mad Che Ali cayalah datuk stamina tinggi kalah orang muda Datuk membuktikan faktor usia bukan penghalang
Di hadapan Resort Mutiara hanya mampu ambil gambar ja tinggal sini tak mampu mahal beb
Sepanjang trekking langsung tak jejak tanah kasutpun bersih
Kemain tekun mendengar penerangan tentang pokok gaharu
Menunggu giliran untuk naik canopy walkway
Menunggu dengan penuh kesabaran
Pemandangan dari Canopy walkway
Cabaran yang mendebarkan
Tak sangka dalam takut2 akhirnya aku berjaya meniti canopy walkway yang terpanjang di Asia sejauh 500m setinggi 40 m
Bot untuk ke Kelah Sanctuary kami tak pergi sebab tak cukup bot
Menuruni beberapa anak tangga untuk ke Jeti Kuala Tahan turun laju ja masa naik nak tercabut lutut mencungap- cungap...
Amboi dalam hutan pun ko nak selfie bersama Rahimah staf Labuan
Selfie lagi....mesti jin dalam hutan ni bengkek jer kat aku tak habis2 selfie
Mutiara resort yang terletak didalam kawasan Hutan Taman Negara bertaraf 5 bintang
Muka excited ke muka letih ni...
Macam2 gaya
Kuala Tahan
Bergambar kenangan bersama ranjer jabatan perhutanan setiap pengunjung yang nak ambil gambar tak kiralah walau guna HP kena bayar RM 5
Diseberang sana Jeti Kuala Tahan
Melepaskan hajat dulu sebelum naik canopy walkway
Subscribe to:
Posts (Atom)