Wednesday 31 October 2012

Sup Tulang ......masak dengan menggunakan pressure cooker

Masih demam daging qurban..... tiap-tiap hari kalau boleh nak masak daging dengan resepi yang berbeza .....sedap daging baru ni.. ye la.....selalunya makan daging import je......tapi dalam pada tu berjaga-jaga jugakla ....jangan lah makan sampai tak hengat. Kalau ikut cara aku senang je.... lepas makan sup tulang atau apa-apa sahaja makanan yang berlemak terus bancuh setengah gelas air lemon yang pekat minumla masam-masam tu. Nak masak tulang  kenalah guna pressure cooker kalau setakat pakai periuk biasa hampir-hampir nak berjanggut jugak la baru empuk buat habis gas je kan.....ada jugak orang kata kalau pakai pressure cooker zat pada makanan tidak hilang ( ye ke.....buat muka mushkil) tapi kalau guna pressure cooker tak sampai setengah jam dah masak .....sampai daging yang dekat tulang tu pun tertanggal.....fuh lembut ...memang nikmatlah...yang paling best tang urat-urat tu....pehhhh.........




Satu periuk.......


Bahan-bahan kisar
1 sudu besar lada hitam
8 biji bawang putih
Bahah-bahan lain
3 inci halia - diketuk
3 biji ubi kentang 
1 batang kayu manis 
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang 
4 sudu serbuk kurma Adabi
Sup bunjut Adabi
Daun sup
Bawang goreng
Bahan-bahan cili kicap
Kicap manis
1 biji bawang putih
10 tangkai cili api
1 biji asam limau - perah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.Masukkan bahan- bahan kisar kedalam periuk dan masukkan air ikut banyak mana kuah 
   yang diperlukan
2.Masukkan juga serbuk kurma, halia, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan sup 
   bunjut 
3.Apabila air telah mendidih masukkan ubi kentang dan tulang yang telah dimasak dengan 
   pressure cooker didihkan sebentar..
4.Masukkan garam secukup rasa.....
5.Dah siap....boleh makan dengan nasi ..meehon atau nak makan tulang saje pun boleh ....
6.Selamat mencuba.....

Monday 29 October 2012

Majlis Tahlil Dirumah Tauke Kambing Golek......

Cikgu Halimah ni dah kira macam mak angkat aku. Aku kenal dia masa pergi umrah. Kami sama bilik masa di Mekah dan Madinah. Cikgu ni tokey kambing bakar ....sekali dapat tempahan main berpuluh ekor ... sekali dia order kambing sampai satu kontena ...ada percaya. Dulu sebelum kenal cikgu aku selalulah jogging kat area rumah dia lalu je pepagi buta dah bau kambing bakar...menusuk hidung. Cikgu ni satu yang aku nak  puji memang tak kedekut ilmu daripada dialah aku belajar buat mashed potato sedap korang... bukan aku je yang cakap sedap kalau en suami aku masak semua orang pun kata sedap...jauhlah beza dengan mashed potato KFC tu. Aku ni tukang ambil resepi je tau...bab masak makanan ala barat ni idok ler teman pandai..tang tu kena serah pada en suami...

Petang raya cikgu jemput gi tahlil kat rumah dia ..... dah nama pun tokey kambingkan ...sudah tentulah kambing bakar  menjadi menu utama. Kalau cikgu jemput harus pergi rugi tau macam-macam makanan ada moh ler layan makanan petang tu...

   Kambing golek 4 ekor ....


Kambing kuzi.....hambik ko seketul......


Kambing bakar yang paling mendapat perhatian....


    Kebab yang super yummy ........


Salmon ..( teman idok berapa nak gemar...) 



    Tengok En suami kalau makan kambing tak hengat ....

Kuih-muih ..........

Lauk pauk....



                      Red valvet cake .......

                     Tepung pelita ....

Krim puff.....


    Cikgu Halimah sibuk melayan tetamu......


Jom Belajar Jahit Manik..... cara paling mudah

Untuk orang yang tak berapa nak kreatif macam aku ni bolehlah cuba. Tangan punyalah keras nak lukis corak yang simple pun tak boleh .....bila dah lukis ( cuba jugak la...) tapi hasil lukis tangan kiri dan kanan tak sama ( cuba punya cuba ...tak cantik gak...).

Aku ni memang pantang kalau tengok batu mengelip-ngelip kat baju tak kesahla baju orang pakai ke atau kat kedai mesti pergi dekat-dekat pas tu belek cam mana dia jahit ( tapi kalau orang yang tak kenal tak de la aku gi belek...nak kena penampau..)....dan kalau line clear ambik gambar terus la senang aku nak cuba nanti..( pencuri idea gitu...).

Sekarang aku dah temui cara yang amat mudah untuk menghasilkan jahitan manik yang sangat cantik dan nampak glamour..... senang korang.  Selalunya untuk yang bertudung tak perlulah jahit panik pada bahagian leher...bukan nampak pun. 

Dengan hanya menggunakan semeter lace ( panggil tapak pun boleh gak..) cukup untuk kiri dan kanan tangan. Lace tu korang jahit jelujur kasar je pada tangan. Lepas tu belilah manik yang bersesuaian ...lebih cantik kalau manik tu banyak warna ...ikut warna yang ada pada baju.
Jahitkan sahaja manik tu diatas lace. Lace banyak pilihan ada 1/2 inci ( sesuai utk baju anak) 
1 inci, 2 inci pun ada ikut suka la nak yang mana...regenyer pun berbeza-beza. 

   Maaf ye gambar tak berapa nak menarik ....



    Ni aku jahit untuk baju raya Najla ...di leher dan tangan....


    Sebelum ni aku hanya tahu jahit manik cara gini je ...paling senang tapi tak menarik 
    sangatlah kan...

Jahit manik ni sebenarnya untuk menambahkan seri pada  baju. Kalau baju tu  biasa-biasaje tapi bila ada manik terus nampak meletop......macam orang jugaklakan..... walau tak cantik bila dah pakai make-up terus nampak berseri-seri betul tak....


Friday 26 October 2012

Kerabu Mangga ....

Kerabu mangga sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Dengan hanya sebiji mangga dapat semangkuk besar. Aku biasa guna mangga lemak sebab tak masam. Terpulang kepada korangla nak guna mangga jenis apapun. Manakala ikan bilis boleh digantikan dengan ikan kembung goreng yang di hancurkan. Selalunya kalau buat kerabu mangga aku suka yang pedas...barulah sedap....berdesing telinga...melelih air mata....perghhhh........



Bahan- bahan
2 Biji mangga muda - diparut
6 ulas bawang merah - dikiris
Ikan bilis - digoreng
Udang kering - diroreng kemudian ditumbuk lumat
2 sudu sos ikan
Asam limau
Cili padi - dihiris
Daun limau purut - dihiris halus ( jika suka) 
Sedikit cuka ( boleh juga digantikan dengan perahan asam limau)
Gula
Garam
Sedikit serbuk perasa

Cara- cara
Gaulkan kesemua bahan- bahan  diatas
Selamat mencuba.....


Tuesday 16 October 2012

Flower Girls Versi Perkahwinan Melayu.....

Sinonimnya baju flower girls tentu semua akan membayangkan gaun kembang. Jikalau disuruh membuat pilihan sudah tentulah gaun kembang menjadi pilihan Aimi tetapi tidak sesuai pula untuk Najla yang telah meningkat remaja. Aku perlu memikirkan sesuatu supaya Najla dan Aimi boleh berpakaian sedondon bersama dua orang lagi sepupu mereka. 

Dalam masa 2 minggu harus menyiapkan 4 pasang baju, sempat atau tidak kena siapkan juga supaya perkahwinan Hisham lebih meriah maklumlah kenduri perkahwinan penutup keluarga suami. Dengan kos yang sangat sederhana maka terhasillah baju flower girls ala-ala kaftan dengan kain A line. Bagi menambahkan seri pada baju yang kosong aku memilih untuk dipadankan dengan rantai dan sekuntum bunga didada.


   Percaya tak kos untuk membuat sepasang baju hanya RM 30 ...

 Walaupun simple tetapi sesuai dengan majlis perkahwinan melayu nampak sopan dan manis

                            Mama ...Aimi....Najla ...

                                                                     Satu kelainan....

    Menggunakan material chifon...sesuai dengan cuaca yang panas....

                                                     Aimi ...Dhia dan pengantin.....



Aimi........mek dengan tabiatnyer ....

Aimi anak yang sangat manja .Berperwatakan kasar dan paling kuat merajuk. Nak cerita pasal tabiat Aimi, kalau hendak tidur mesti kena garu belakang daripada kecil sampailah sekarang tabiat ini tidak pernah berubah. Aimi cukup risau kalau dia terpaksa tidur di rumah Tok Wan soalan pertama yang dia akan tanya...sape nak garu mek bila mek nak tidur nanti. Aku pernah tanya dia adik..... sampai bila mama dengan abah nak kena garu ni... dia dengan selamba jawab sampai bila- bilapun mama, nanti mek carila suami yang boleh garu belakang mek kalau nak tido. 
Kalau aku taknak garu dia sanggup upah kakak untuk garukan ( kakak... garu mek nanti mek upah 2 ringgit itulah ayat-ayat power kalau nak suruh kakak garu). 

Jom layan gambar- gambar Aimi yang ala - ala model ni....












Aimi dan Najla 

Haaa ni dah penat bergambar ....

Sunday 14 October 2012

Koleksi Pasu Seramik............

Nak citer pasal pasu seramik yang sudah bertahun menjadi koleksiku.....sayang sangat pada pasu-pasu ni nak tau sebab apa, sebab pasu-pasu ini hanya aku sahaja yang ada ( carilah satu dunia pun takkan jumpa). Pasu- pasu ini adalah hasil kreativiti dan kerjatangan Kak Linda kakak aku dia yang mencipta dan sekaligus membuat pasu- pasu ini istimewakan. Aku sanggup beli almari khas untuk letak pasu-pasu ni. Ada diantara pasu yang Kak Linda buat telah pecah jadi dengan rasa penuh tanggungjawab biarlah aku sahaja yang menjaganya. 

Kalau Kak Linda datang rumah dia seronok tengok pasu terjaga elok. Rasanya sampai anak cucu cicit dia pun boleh tengok koleksi pasu. Semua koleksi pasu dibuat untuk final projek seramik semasa dia belajar di UITM Shah Alam pada tahun 1995. Klasikkan kesemua pasu ni. Kalau tidak silap pasu ini ada ciri-ciri seni Jepun. 













Yang ni bapak segala pasu-pasu yang ada bukan kak Linda buat tapi aku beli di SSF