Tuesday 30 December 2014

Kereta merah....

Bapa ku pulang dari kampung
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Pon pon pon pon
Pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Nostalgia sungguh lagu ni masa aku tadika. Rasanya sampai sekarang budak tadika masih nyanyi lagu ini.

Monday 29 December 2014

Selepas banjir...

Sedih melihat kesan banjir yang sebegini teruk seperti dilanda badai tsunami keadaannya, ini merupakan peringatan Allah untuk semua sebenarnya supaya manusia muhasabah diri dan berubah untuk menjadi hamba dan masyarakat yang lebih komited untuk Allah....


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....



Musnah.....


Bertabahlah....

Sunday 28 December 2014

Di sebalik musibah.....

Di balik titis-titis hujan yang jatuh
Allah membawa bahasa cintanya kepada manusia
Allah tidak zalim......
Malah Allah kasih.....
Lihatlah dengan hatimu.......
Andai air bah ini tidak menjadi tragedi.......
Pasti konsert-konsert ambang tahun baru akan diadakan.....
Betapa ramai anak-anak luar nikah akan dilahirkan......
Lihatlah lagi.....
Allah memberi kita ruang untuk memberi sedekah....... 
Menghulur bantuan.....
Lihatlah lagi.....
Masjid-masjid diwarnai dengan bacaan yasin,
tahlil dan solat hajat.....
Jika tidak kerana air bah, barangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja.......
Lihatlah lagi kasih Allah .....
Semua pemimpin turun padang buat kerja daripada 
mereka duduk saja....
Lihatlah lagi....
Dana kerajaan dapat disalurkan pada jalan yang betul...
Andai air bah ini tidak hadir, mungkin juga rasuah melata 
sana sini.....
Allah memelihara Malaysia dengan kasihnya....
Ini ujian......
Ujian ini pasti tidak lama.....
Ujian ini menyatukan seluruh insan
Sampaikan kepada mangsa-mangsa banjir suaya mereka dapat melihat musibah ini sebagai jalan untuk mereka membantu negara menyelamatkan ' sesuatu' dari 'sesuatu'......

Saturday 27 December 2014

Terkini....

Air bah sudah surut dihulu iaitu Kuala Krai dan Gua Musang alhamdulillah.....tapi Bandar Kota Bharu air masih belum surut.

Wednesday 24 December 2014

Bah besar melanda Kelantan

Kali ni rasanya banjir paling besar melanda Kelantan sedihnya apabila bantuan lambat tiba berita pula tidak memaparkan berita yang sepatutnya dok sibuk mengenang kisah Tsunami padahal keperitan mangsa banjir yang menderita kelaparan serta status keselamatan mereka tidak diendahkan terutama negeri Kelantan seperti dianaktirikan. Pemimpin pulak dok sibuk bercuti disaat rakyat ditimpa bencana ya allah besar sungguh ujian kali ini bersabarlah semua hanya kepada allah jua tempat mengadu. "waha bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.

Tuesday 23 December 2014

Banjir kampungku....

Kejadian banjir kali ini sangat teruk dah berbelas tahun kampung mak Kg Pasir Pekan tak pernah dinaiki air walaupun berada di tepi sungai Kelantan, ni antara gambar yang sepupu kirim semoga banjir cepat surut dan selamat semuanya seluruh penduduk Kelantan yang terlibat dan tabah menghadapi ujian ini.

Friday 19 December 2014

Menu jumaat

Dah lama tak masak istimewa hari ni masak ketam lemak cili api, kulat sisir goreng telur dan kangkung goreng