Tuesday 30 June 2015

Majlis perpisahan

Sehari sebelum puasa kawan2 buat majlis makan2 untuk aku terima kasihlah yer sahabat semua kalian sentiasa di hati. Sedih.....tiada lagi senda gurau ketawa riang entah bila akan bersua kembali.


Last day....

Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja maka dengan ini tamatlah kisah pergi kerja balik kerja log out log in. Sekarang aku bebas merdeka dalam usia sekarang yang terbaik adalah memberi tumpuan kepada keluarga. Masa mula2 ambil keputusan nak berhenti rasa sedih cam tak dapat terima kenyataan kalau boleh lambatlah masa tak nak berhenti sebab aku sangat suka kerja kat sini tapi apabila harinya semakin hampir eh makin tak sabau pulak nak berhenti hahaha tetiba rasa dah malas nak pegi keja bangun pagi bersiap eh tak kosa dah lah.Sekarang tak terikat dengan peraturan kerja.Tapi tak best la tak dapat gaji, bonus semoga allah memberi ganjaran yang lebih baik. Lebih kurang 5 bulan tinggal berjauhan  dengan en suami rasanya memadailah.... tempat seorang isteri adalah disisi suami. Aku redho dengan keputusan ini buat sahabat tersayang kak asfa,nini,najwa, ekin,mek na,mek ti,kak mushini,rahimah jijah,ju,ina,risya,piah semoga kita bertemu lagi kenang daku dalam doamu poyo jer hahaha kenangan bersama kalian akan sentiasa dalam ingatan.



Bersama Tuan Pengerusi 

Bersama bibik

Bersama Tuan CEO





Monday 29 June 2015

Iftar day 12

Hari ni chef masak telur sotong kari, daging goreng kelantan style dan lasagna seloyang koooo

Saturday 27 June 2015

Resepi pulut panggang lemak manis

Pulut panggang aku ni lain sikit rasa macam ketupat palas lemak manis.
Setengah kito pulut rendam 5 jam
Serunding daging, ikan atau ayam
Santan 
Daun pisang
Cara-cara
Letak garam dan gula dalam santan (agak2lah rasa tu )
Kukus pulut selama 10 minit
Angkat kemudian gaul dengan santan
Kukus semula selama 10 minit
Bungkus pulut dengan daun pisang letak serunding di tengah2
Last sekali kita bakor kita bakor

Denggi

Kakak dah 2 hari demam hari ke 3 mula muntah2 kaki sejuk langsung tak boleh makan dan minum pergi hospital buat blood test rupanya kakak kena denggi. Denggi tak ada ubat cuma kena banyak minum air semoga kakak cepat sembuh. Kawasan rumah aku memang black area denggi selalu DBKL datang sembur.

Friday 26 June 2015

Iftar day 10

Hari ni giliran aku masuk dapur menu nasi lemak sambal sotong.Teringin nak makan ketupat palas lemak manis cicah serunding daging nak buat sendiri memang tidaklah kan...sebagai ganti aku buat pulut panggang inti serunding daging lebih kurang la tu rasa ketupat palas.

Iftar day 9

Hari ni chef masak menu kegemaran mek kerabu perut ,ikan siakap masak lemak,ikan bilis goreng aku masak sebagai tambahan dan cucur udang.

Thursday 25 June 2015

Iftar day 8

Hari ni kakak nak makan mee hailam yang mama masak, chef buat kebab arnab ko lalu? dan pencuci mulut labu sira kegemaranku alhamdulillah...

Wednesday 24 June 2015

Shopping kain @Jackel Mall

Sempena bulan ramadhan ofis beri cenderamata kepada setiap staf tahun ni dapat kain sepasang so akulah antara orang yang pergi beli kain dan tukang pilih. Beli kain untuk 143 orang staf tuntulah jenuh nak menunggu depa gunting lipat masuk kotak sampai kami terpaksa tolong bantu apa yang patut kalau lambat tak sempat nak balik berbuka posa.
                                                                  Geng pilih kain 

Tak larat menunggu depa potong kain sampai bersila atas lantai 

Tolong lipat masuk kotak 

Selesai shopping

Rembat satu baju melayu tuk en suami dapat murah ja berbaloi2

Tuesday 23 June 2015

Jalan2 cuci mata

Dah lama tak gi kedai perabut hari tu ajak en suami nak pulak dia layan saje cuci mata tak beli pun berangan dulu kalau berkenan lain kali datang. Tengok perabut semua suka itu nak ini nak hai cam banyak benau duit hahaha. Area Jalan Ampang banyak kedai perabut sederet so mudah la nak buat lawatan dari satu kedai ke satu kedai aku menjelajah.

Iftar day 5

Chef masak resepi baru tulang masak asam pedas mula2 dengar pelik ja sebab tak pernah makan selama ni aku hanya masak ikan asam pedas tapi bila rasa bapak sodap eh....habis seperiuk kena pulak gabungan dengan ikan kering.

Siap ada pemcuci mulut okey .....pengat keladi 



resepi baru..