Pelik2 betul ayam kampung ni bertelur dicelahan pelepah sawit nak amik feel kot takut diganggu hihihi. Dalam banyak2 tempat kat celah tu jugak menjadi pilihan. Sekali bertelur 14 biji 2 biji pecah jatuh atas tanah yang lain sempat en suami selamatkan tak berani kami nak makan sebab tak tahu sapa tuan punya ayam .
Tuesday 26 January 2016
Friday 22 January 2016
Kelabu
Sudah tukar cat ini baru betul warna kelabu sebelum ni kelabu kebiruan selagi tak tukar hati tak seronok buat rumah sekali seumur hidup biar betul2 puas hati. Rupanya kontraktor pun tak berkenan warna yang sebelum ini, bila kami kata nak tukar dia kata tukarla... tukarla warna tu tak cantik ma.
Wednesday 20 January 2016
Tersilap pilih cat
Penin la nak pilih warna cat yang sesuai untuk rumah. Nampak dalam catalog warna kelabu tapi bila dah cat lain pulak hasilnya. Warna ni memang sangat cantik aku suka lain dari yang lain, tapi bila tengok dari pandangan hadapan tak masuk pulak dengan tile muka pintu. Hati tak sedap la rasanya kena tukar mujur baru satu kali sapuan.
Thursday 14 January 2016
Setengah tahun
Pejam celik dan 6 bulan aku tinggal di Sitiawan best ke tak duduk kampung cakap terus terang jawapannya tentulah tidak. Kehidupan kat Kl jauh berbeza dengan kampung. Sejak kecil kemudian bersekolah sampai umur 40 tahun tinggal kat KL tetiba duduk kampung korang rasa macam mana??.
Namun satu perkara yang aku pegang semua takdir kejadian dalam hidup ini adalah ketentuan Allah ....manusia hanya merancang yang menentukan Allah jua. Setiap manusia mempunyai perjalan kehidupan masing2. Aku yakin ini adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Aku redho dan bersyukur diatas ketentuannya.
Namun disebalik kekurangan banyak kelebihan yang kami dapat yang paling best tentulah tinggal dirumah tanpa hutang hilang satu bebanan hidup yang paling besar.
Tuesday 5 January 2016
Hobi baru
Inilah kojer aku pagi2 belek pokok bunga,cakap dengan bunga hahaha maklumla dak tak kojer. Dulu dok condo tak de tempat nak menanam sekarang tanah luas tanamla apa sahaja antara rajin dan idok ja. Tak pastila pulak sampai bila hobi ni boleh bertahan harap2 biarlah berterusan nak tinggal dalam kawasan ala2 dalam taman gitew.
Najla@sek men batu 10 lekir sitiawan
Seminggu sebelum buka sekolah najla dah tak keruan takut nak masuk sekolah baru jadi murid baru. Macam2 dia fikir takut orang tak mau kawan ler,takut kena buli ler merepek ja. Mama paling risau sebenarnya takut kakak tak dapat sesuaikan diri di sekolah baru. Kalau kakak tak selesa mama terpaksalah hantar kakak balik KL tinggal dengan Tok Wan yang penting kakak hepi sebab tahun ni nak SPM tak boleh main2. Tapi alhamdulillah hari pertama sekolah kakak hepi sebab semua kawan2 kelas baik tak sombong. Kakak kata budak kelas dia baik2 sangat sampai kakak terpaksa control cakap kena sopan2. Diorang kata kakak kasar hahaha. Rupanya kakak masuk kelas agama patutla budak baik2 alhamdulillah senang hati mama.
Walaupun sekolah kampung paling best kelas kakak ada aircond kat pun tak macam ni tapi bukanlah semua kelas hanya kelas terpilih sahaja. Sekolah kampung buku tulis siap ada gambar sekolah berwarna lagi kerlas ko