Kali ni aku nak share pulak kebaikan susu Hi Goat. Kalau tak silap dah hampir 2 tahun aku mengamalkan minum susu Hi Goat setiap pagi. Memang ternyata ada perbezaan iaitu badan bertenaga dan tidak letih. Bila mengandung aku tetap teruskan minum Hi Goat sebabnya tak lalu nak minum susu Anmum yang manis walaupun tak letak gula tapi susu tu memang manis. Doctor nasihatkan aku jangan minum Anmum tetapi ambil kalsium sebelum buat ujian gula dalam darah kerana susu manis takut nanti aku kena kencing manis semasa mengandung. Susu Hi Goat tanpa gula so tentulah selamat untuk aku minum. Menurut kajian susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu.
Apa yang penting sejak mengandung aku langsung tidak pernah lagi kena serangan krem kaki. Dulu masa mengandung anak pertama dan kedua selalu kena serangan krem terutama malam sewaktu tidur walaupun pada masa tu aku ambil pil kalsium dan minum susu Anmum sekarang alhamdulillah masalah krem tidak timbul lagi. Paham -paham lah kalau krem kaki sakit ooooo menjerit mau runtuh umah ( over jer ayat kan...nak menunjukkan sakit ler). So kepada sesiapa yang mengandung tu cubalah minum susu Hi Goat ni jangan risau tak bau kambing pun aku promote ni bukan sebab aku menjual yer saya bukan agent Hi Goat ok apa salahnya berkongsi untuk kebaikan bersama :)
KENAPA PERLU MEMILIH SUSU KAMBING?
Susu terbaik selepas susu IBU
Sumber kalsium yang hebat
Sangat baik untuk ibu mengandung
Menambah pengeluaran susu ibu
Mengelak penyakit demam kuning kepada bayi
Tidak menyebabkan alahan
Kuatkan sistem imunisasi
Bersifat alkali
Tingkatkan daya peka, tumpuan dan ingatan
Lancarkan sistem penghadaman dan usus
Membantu mengubati Kanser,
Demam Kuning.
Gastrik,
Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Ulser,
Sukar Tidur
Imbangi gula dalam darah
Imbangi kolestrol dalam badan kita
Tidak sebabkan kahak
Memulihkan tenaga batin
Awet muda
Jika junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. pun mengamalkannya, mengapa tidak kita?