Thursday 28 April 2016

Rendang Tok Wan Sabariah

Haaa special tak nama rendang ni sempena nama bondaku sebab sebelum buat call ma dulu tanya resepi. Lama bebenor aku simpan paru ni dah hampir setengah tahun kot(paru lembu masa kenduri kawin anak buah bulan 12  2015) nak buat tak menjadi sahaja. Semalam ada sedikit kerajinan nah ko sekuali alang2 buat habiskan semunya. Macam biasa aku suka simpan dalam freezer bila agak2 teringin panaskan ja.

Wednesday 20 April 2016

Nasi ayam

Dugaan sungguh ganti puasa musim panas kering tekak nasiblah masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Paling kesian najla tak tahulah sempat ke idak kebetulan tahun lepas awal puasa demam denggi jenuh nak ganti berbelas hari jugakla. Aku sangat nenitikberatkan bab ganti puasa tak mau nanti bila dah tua baru rasa nak menyesal tak pernah ganti puasa dulu2 zaman muda belia, jangan ambil ringan hutang pada allah. 

Thursday 14 April 2016

Tercantum sudah....

Alhamdulillah tangan arissa dah sembuh doctor kata tulang yang retak sudah bercantum semula. Kalau diikutkan hanya beberapa hari sahaja berikat tangan jenuh pujuk tak mau pakai. Budak2 memang cepat recover. Sebelum ni aku memang risau sebab ada benjolan seakan biji guli dekat bahu, doctor kata itu normal yang tak normal kalau tak de benjolan gitu pulak. 


Friday 8 April 2016

Nasi tomato

Hari ni masak nasi tomato walaupun kekurangan bahan mujurlah jadi tapi nasi tak lemak sangat berbanding kalau letak susu cair. Susu cair tak de so aku gantikan dengan susu pekat manis. Tomato puri pulak aku gantikan dengan sos tomato alhamdulillah bertambah2 anak beranak makan. 

Thursday 7 April 2016

Rojak buah

Teringat zaman sekolah rendah sanggup simpan duit belanja sekolah untuk makan rojak buah dan ABC. Suka betul lepak kat gerai rojak sampai sekarang masih ingat macam mana nak buat kuahnya. Beli kuah rojak yang dah siap tak sedap so buat sendiri baru rasa sebijik macam rojak buah yang aku makan masa kecik dulu.Bahan2 kacang goreng, gula merah,air asam jawa, petis cili api, garam dan gula tak perlu masak gaulkan sahaja semua dengan air panas senang ja.

Monday 4 April 2016

Permintaan Aimi

Sebelum pergi sekolah Aimi dah pesan suruh masak soto teringin katanya. Kalau anak dah minta tak sampai hati tak tunaikan. Balik dari sekolah sampai rumah terus ke dapur senyum melebar nampak soto dah terhidang. Mujur mama dah tak kerja bolehla layan permintaan anak2. Setiap pagi tanya anak2 apa nak makan senang tak payah pikir2 apa nak masak ikut ja permintaan diorang.

Sunday 3 April 2016

Selamat tinggal Siti

Siti dah balik Indon. Arissa tak de kawan lagi. Siti ni anak pekerja aku setiap petang dia ikut mak dia pergi kerja malam bapak dia ambik itulah rutin siti setiap hari. Budak ni celik IT datang kedai dok layan youtube. Mak dia rajin kerja sehari buat macam2 kerja tolong jiran beli barang kat kedai so dapatlah upah, kutip sawit, ambil upah cuci rumah dan jadi tukang sapu kat sekolah petang kol 3 kerja kat kedai aku.

kenangan arissa bersama siti

Friday 1 April 2016

Oh tidak!!!!!!

Oh Arissa kenapalah hebat sangat habis laptop mama dia cabut button abjab. Sabarjalah punyalah susah nak pasang balik jenuh kakak pasang tak boleh. Macam manalah dia boleh ada akal nak cabut hish budak tak reti diam. Mama terlelap sekejap ja dia dah buat hal. Tiba2 datang kejut mama dia kata mama ubat ....mama ubat aku terkebil2 mata perati ubat apala pelik sangat ni loh rupanya ......oh sayangku tolonglah jangan macam2 tak padan dengan tangan sakit geram nak gigit telinga capang tu .