Hari ni hantar barang ke Sitiawan. Barang jer yang pindah dulu orangnya masih di KL kena tunggu Aimi trial exam UPKK minggu depan dah setel baru kami berangkat. Tak perlu tergesa2 utamakan anak2 terlebih dahulu, bebasnya hidup sekarang tak terikat nak coti berapa lama pun tak kesah.
Tuesday 28 July 2015
Monday 20 July 2015
Kalau memang rezekiku....
Terkejut bila perasan gelang hilang. Stress sekejap sebab langsung tak ingat bila last aku perasan gelang masih ditangan nak makan pun tak selera. Bila jadi macam ni selalunya aku akan tenangkan hati dgn salawat dan zikir ingat satu ja kalau masih rezeki aku semoga jumpa tapi kalau hilang aku redho. Semalam OTW balik KL singgah 2 R&R hanya mampu berserah kepada allah harap2 tak jatuh kat mana2 cari dalam rumah tak jumpa. Rupa rupanya tersangkut pada baju Arissa clip patah alhamdulillah syukur masih rezekiku.
Sunday 19 July 2015
Raya ke 2
Malam hari raya ke 2 buat BBQ kat kedai senang tak berkecah rumah masak makan semua kat kedai. Setiap tahun aktiviti rutin family en suami semua adik beradik berkumpul mengeratkan silaturrahim.
Wednesday 15 July 2015
Masak2 sebelum raya
Suasana sehari sebelum raya memang seronok semua orang masuk dapur tolong apa yang patut menu untuk esok rendang daging+paru+hati, rendang ayam, laksa penang dan kek coklat semua ni menu wajib family aku setiap tahun.
Jahit kaftan untuk Aimi
Yes siap jugak baju raya ke 2 Aimi. Tahun ni tak sempat beli baju raya yang ada hanya baju raya pertama udah macam mana pulak....takkan raya ke 2 tak de baju, baju raya tahun lepas aku dah simpan masuk kotak rasanya dah selamat sampai kampung, nak tak nak kena jahit jugak sepasang baju tambahan alhamdulillah siap jugak walaupun tak semenggah bolehla janji dapat pakai.
Jahit lace pada tudung
Tudung aku tahun ni sangat simple chifon kosong ja beli lace jahit jelujur pada tudung kemudian letak sikit manik pearl ok dah siap .....tudung kosong nampak sikit berseri untuk dipakai pada hari raya.....
Friday 10 July 2015
Jahit langsir
Papagi orang lain masih nyenyak tido aku dah berjaya siapkan langsir umah che yah. Sejam je mengadap mesin dah siap jap lagi nak hantar mesti che yah hepi terus pasang langsir baru. Che yah semangat nak raya lain macam 2 tahun sekali mesti tukar langsir baru anak dia ni dah 6 tahun tak tukar langsir alasan malas nak jahit dan gantung.
Thursday 9 July 2015
Iftar day 22
Baru sempat nak berblog beberapa hari ni penat sangat ulang alik melawat Aimi kat hospital ujian ramadhan. Walaupun letih masak tetap masak hari ni en suami mengidam nak makan rendang daging dgn nasi impit.
Aimi pulak demam denggi
Selang seminggu lepas kakak discharge Aimi pulak kena denggi bila dah tak kojer kenalah admit kat hospital gomen institut paediatrik pengalaman pertama masuk hospital gomen nak admit ja mengambil masa sekerat hari masuk dari satu bilik ke satu bilik ya allah penatnya dah la puasa nak jalan tak larat parking nun jauh dugaan sungguh.Kesian Aimi tak selesa padanlah tempat free bayor rm 1 ja kalau masuk private dah tentu 3k atau lebih padahal treatmen untuk pesakit denggi hanya masuk air dan panadol sahaja. Masa Aimi admit tiada katil kosong terpaksa tido atas katil baby bayangkan budak besau tu tido atas katil baby seksa mama tengok. Alhamdulillah hari ni Aimi dah discharge.
Monday 6 July 2015
Baju peplum untuk hari raya
Hari ni berjaya siapkan baju mek cha tempoh jahit tak sampai 3 jam hebat tak akak ? Tak hebat mana pon ....jahit baju budak memang leh senang tapi bengang jer bila nak try tuannya mengamuk tak nak jangan raya nanti tak nak pakai jugak sudah....
Thursday 2 July 2015
Iftar day 15
Seronok bila dapat masak sendiri untuk hidangan berbuka puasa setakat ini kami hanya pernah beli mertabak Singapore kat bazar ramadha. Bila masak sendiri dapat jimat sikit dan yang paling penting terjaga dari segi kebersihan. Menu hari ke 15 sambal sotong, ikan siakap stim dan kerabu mangga peberetku.
Wednesday 1 July 2015
Iftar day 14
Menu pertama sebagai serirumah sepenuh masa chef tak mau masak lagi dia kata nak rasa air tangan isteri pulak. Menunya ikan keli berlado, sup ikan jenahak dan kerabu mangga.