Siakap stim permintaan mek
Spaghetti Aglio permintaan kakak
Lepas setel makan anak2 mama gi KLIH fair 2015 kat PWTC
Mood nak masak sudah kembali....sejak en suami duduk jauh ni aku masak pun ala2 kadar jer sampai mek cakap "mama kenapa sejak abah tak de mama malas sangat " hahaha...hamik ko anak pun tau....yer la mek kan hantu makan nak makan sedap jer kalau masak sejenis lauk dia tak selera la...tapi makan bertambah2 perut tu berketak2. Hari ni masak sambal udang kegemaran kakak ikan kerisi goreng kegemaran mek dan kerabu manggga kegemaran mama.
Hari ni kol 7 pagi aku dah terpacak kat kedai dobi seminggu tak basuh baju mesin rosak kalau en suami ada dia yang baiki tapi tak berapa nak bernasib baik selepas sehari dia balik kampung mesin rosak so pandai2 la nak hidup nasib kedai dobi 5 minit ja dari rumah. Puas hati la basuh kat sini bersih keringkan balik terus lipat.