Monday 31 August 2015

Roboh

Membina sebuah rumah ambil masa berbuan2 tapi nak roboh sekejap ja, rumah pusaka kini hanya tinggal kenangan. 

Rumah pusaka

Inilah rumah pusaka peninggalan arwah nenek suamiku usia rumah asal hampir 100 tahun namun masih kukuh. Sebelum ni mak mertua sewakan rumah ni sekarang tidak berpenghuni.

Tuesday 25 August 2015

Menu istimewa @wadi Safiya

Seronok tengok orang kampung dah pandai makan western food. Chicken chop menu yang menjadi kegemaran. Orang kampung kurang minat lamb dan salmon grill tapi masih ada peminat yang tersendiri. Antara citer yang kelakar masa ambil order "grill tu ape?  Kenapa nama2 makanan western semua guna nama orang putih? saya nak chicken chop ayam.?..kambing chop ada? Hahaha jadi lawak pulak ada tu segan nak order makanan western sebab tak reti nak menyebut. Rasa bangga ja restoran kami menjadi peneraju makanan western di kampung sekarang orang kampung tak yah kebandar untuk makan chicken chop.

Thursday 20 August 2015

Sekolah baru

Tak sangka Aimi bersekolah sama dengan sekolah abah dulu. Hari pertama yang tidak mengembirakan katanya...dah mula bercakap loghat perak.

Saturday 15 August 2015

D-3-7 dalam kenangan

Masa berlalu begitu pantas sedar tak sedar sudah enam tahun aku berumah di villawangsamas. Ingat lagi masa mula2 pindah dulu Najla darjah lima, Aimi lima tahun masing2 jakun nak mandi swimming pool kalau boleh tiap2 hari nak terjun swimming pool tapi selepas setahun depa dah tak heran boleh dikira setahun hanya beberapa kali pergi swimming pool yang kesian Arissa sempatla merasa dua tiga kali sebelum pindah. Sepanjang tinggal disini kami hidup dengan dunia kami sendiri  tak kenal jiran tetangga masing2 dengan hal sendiri. Sejujur dari hati aku tak suka suasana kehidupan disini. Alhamdulillah perencanaan allah buat kami adalah yang terbaik aku redho dengan ketentuannya sekarang kami sudah berhijrah memulakan kehidupan baru di tempat baru yang lebih baik. 

Friday 14 August 2015

Thursday 13 August 2015

Selamat tinggal SKTK1

Kesian Aimi sedih berpisah dengan kawan2 sekelas tapi nak buat macam mana suka atau tidak kena pindah juga mujurlah dia ada group wassap walaupun berpisah sepanjang masa boleh berhubung.