Ok tak tak kalau pakai macam ni...
Saturday 28 February 2015
Siap jugak...
Malam ni ada dinner ofis buat kat tepi pandai Gold Coast Morib sempat jugak siapkan flower crown untuk anak beranak bukan nak menang pun saja memeriahkan suasana.
Sunday 22 February 2015
Siput Kemudi
Siput Kemudi pertama kali aku dengar lihat dan makan. Dipanggil siput kemudi mungkin rupanya ada ala2 kemudi kapal kot. Rasa lebih kurang siput mentarang kalau nak masak kena rebus terlebih dahulu keringkan ainya kemudian barulah masak sambal atau rendang .
Caya tak kakak ni pergi sendiri ke laut cari siput kemudi
Ginilah rupanya
Masak rendang ala2 tak cukup bahan
Sunday 15 February 2015
Hobi baru Aimi
Sekarang inilah hobi baru Aimi cousin dia semua ada rollerblade dia pun nak jugak sebelum beli hari tu tiap2 hari bila mama nak gi kerja mesti pesan mama jangan lupa beli rollerblade sebelum mama beli whatsapp mek dulu biar mek pilih sendiri hamboi kemain lagi ko, selagi tak beli buat muka sedih..... kat ofis pulak kejap2 call tak habis2 tanya pasal rollerblade nasibla kat Lazada ada banyak pilhan mama pilih yang murah2 jer hihihi janji ada rollerblade. Sekejap ja dah pandai main mula2 selalu jatuh terlentang sekarang dan pandai.
haaa udah jatuh
Dah penat rehat jap
Dengan cousin dia kat Tasik Titiwangsa
Thursday 12 February 2015
Alfatihah....perginya pemimpin ulung
Daripada Allah kita datang kepadanya kita kembali semoga Allah mengampuni dan merahmati roh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Semoga segala jasa dan bakti dibawa pergi sebagai amalan soleh disisinya. Seorang tokoh ulamak dan negarawan yang sukar dicari ganti warak dan tawadhuk. Damailah wahai murabbi Allah di sana kami akan sentiasa merindui wajahmu......
Tuesday 10 February 2015
Hello abah
Sejak dua menjak ni tak de kisah lain kecuali kisah anak-anakku sebenarnya tujuan aku buat blog ni khas untuk anak-anakku juga agar satu hari nanti diorang boleh baca itu sahaja tiada niat lain tapi kalau ada yang baca blog aku terima kasih daun keladi kalau suka bacalah lagi
abah....abah...abah...
abah....abah...abah...
Hamboi kecik2 dah pandai selfie
Senyummmmm
Nampak gigi 2 atas 2 bawah
Comotnyer
Monday 9 February 2015
Menunggu mama pulang
Macam ni lah Arissa bila petang dia tahu time mama balik nampak ja kereta mama terus lari ke pagar mama. ....mama....mama......selagi tak dukung puteh tak tinggal bawakla kehulu kehilir cute sangat......penghibur hati mama dah besar nanti boleh la tengok keletah2 masa kecik dalam blog mama yer semuanya akan menjadi kenangan abadi....
Wednesday 4 February 2015
Selamat bersara yana
Selamat bersara yana semoga kita berjumpa lagi kenangan indah bersamamu sentiasa dalam ingatanku. Lumrah dunia bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Walaudimanapun berada ikatan silaturrahim akan terus berkekalan.
Malam ni
Dah lama tak ada entri pasal makanan sejak peristiwa banjir kat kelantan rasa macam tak sesuai ja nak citer pasal makan kita makan sedap2 sedangkan orang lain susah nak makan ala2 tak sesuai jer. Malam ni tekak nak makan salad jer tak yah masak Aimi baru sihat demam selera makan pun masih kureng.
Layan hobi...
Sesekala melepas rindu jahit manik baju ni aku tempah tak tahu nak pakai bila silap2 untuk raya mak datuk awalnya....tapi gian nak menjahit punya pasal beli kain tempah baju kebetulan masa aimi warded sesambil nenunggu siap jugak dan inilah hasilnya...
Monday 2 February 2015
3 hari 2 malam
Orang lain tentu seronok pergi cuti2 malaysia 4 hari cuti tapi aku check in hotel Pusrawi jaga Aimi. Gara2 muntah setiap kali makan ubat Aimi kena admit kerana sudah ada infection dalam darah serius bosan tahap gaban jaga orang sakit nih...malam Aimi takut tido sorang terpaksalah mama teman jugak tinggalkan Arissa tidur dengan kakak (kesian si kecik mama).
Makanan hospital Aimi cakap tak sedaplah mama
Menjahit hilangkan boring
Nun dari kejauhan nampak rumahku syurgaku...
Subscribe to:
Posts (Atom)