Tahun ni mood menjahit terover sudah.....sebab paling utama mesin jahit dah elok jahitan cantik itu yang pantang jumpa kain nak menjahit. Sebab kedua dah tak kerja bosan banyak masa so menjahitla. Mujurlah mek cha halus orangnya so dengan kain perca adjust sana sini dapat buat buat tiga pasang baju.
Tuesday 28 June 2016
Koleksi baju raya Mek Cha
Thursday 23 June 2016
Popia simpul kasih....
Popia simpul buat sambil pejam mata pun boleh jadi kenapa tak caya? Kalau tak caya buat sendiri. Aku buat popia simpul serunding daging dan serunding ikan. Buat banyak sikit nanti leh bawak balik KL.
Iftar day 17
Menu berbuka hari ni bihun tom yam ketam. Kakak masak Quiche rasa sedap tapi masin sikit. Kakak ni ikut mood kalau datang rajin nak masak macam2 tapi lepas masak huru hara dapur mama jugak yang kena kemas.
Wednesday 22 June 2016
Tuesday 21 June 2016
Cornflakes madu
Tahun ni bersemangat nak buat kuih raya. Maklumla dah tak kojer ada jugak aktiviti.Tapi mulakan dengan yang senang2 dulu. Dulu masa zaman remaja akulah yang tukang buat biskut raya paling aku ingat sampai sekarang kuih suji senang sungguh buat biskut suji hanya guna tepung, gula dan minyak sapi tak perlu guna acuan bulat2 kan sahaja macam buat kuih onde2. Bab membakar paling aku menyampah selalu ma la yang akan jadi tukang bakar. Cornflakes madu ni setiap tahun buat sebab sangat senang dan tak jemu dimakan.
Sunday 19 June 2016
Iftar day 14
Duduk kampung ni kena rajin masak barulah dapat makan sedap. Menu hari ni permintaan si kuat makan. Dia pagi2 lagi dah tanya mama hari ni masak apa? Ingat makan ja. Dia nak makan kurma ayam sedangkan mama tak pernah masak dan tak suka malas nak layan tup tup abah dah masakkan percubaan pertama tapi memang sedap kebaboom . Menu ke dua lasagna yang ni sangat2 kebaboom. Dan last ayam masak sambal cili hijau yang ni aku masak lagilah kebaboom pedas.
Iftar day 13
Menu pilihan en suami tetiba teringin nak makan chicken chop sedangkan kalau hari biasa tak pernah makan, jemu hari2 tengok. Aku masak nasi goreng.
Saturday 18 June 2016
Projek jahit tudung raya
Macam biasa tudung raya aku hanya beli yang plain lepas tu pepandaila nak menepek lace nak seri sikit jahit pulak manik dan hasilnya tidaklah mengecewakan aku. Aku ni bukanlah jenis yang sanggup beli tudung harga ratusan ringgit tak gamak ko.....alahai setakat tudung jer pun janji tutup kepala, tutup dada sudah. Ngeri weh tengok tudung sekarang ni mahal bebenor tak masuk akai pun ada regenya. Tudung aku yang plain buble ( tak yah gosok) paling akak suka rege rm 15 jer pastu aku beli la lace dan manik kos tak sampai rm 20 gitew dah boleh pakai untuk raya brand nan hado beli kat pasar tani. Prinsip akak senang jer kalu ko dah cantik pakai tudung rm 10 hengget pun tetap cantik tudung tak boleh mengubah muka ko tetiba jadi secantik Neelofa. Kesimpulannya tak payah la membazir duit beli tudung mahai2 bersederhanalah dan satu lagi janganlah dek kerana tudung sanggup tidur dikakilima kedai hish melampau!!!!
Friday 17 June 2016
Iftar day 12
Menu kegemaran tuan empunya blog kol 4 masuk dapur dekat waktu berbuka baru selesai masak. Menu sambal bilis tempe yang ni masak untuk sahur, tom yam campur, kerabu sotong dan ikan kembung sambal.
Thursday 16 June 2016
Iftar day 11
Masak nasi arab udang dan ayam. Ada pulak yang nak makan mee goreng so goreng sikit mee namanya mee goreng mamak udang rimau.
Wednesday 15 June 2016
Iftar day 10
Masak nasi lemak sambal sotong dan ayam goreng celup tepung. Roti john tu bukan semalam punya eh kalau dah suka hari2 dia buat kegemaran en suamiku.
Monday 13 June 2016
Projek jahit baru raya Arissa
Selesai sudah jahit baju mek cha tak sampai dua hari. Aku paling suka bab mendeco baju ( macam deco rumah pulak eh) masa kat kl dah beli riben, bunga dan manik idea datang sepontan tapi bila dah siap cantik pulak pada pandangan mata aku ler. Yang penting mek cha suka atik mama atik mama bila dah try tak mau bukak pulak jenuh kakak pujuk.
Saturday 11 June 2016
Bff berbuka puasa
Kakak awal2 lagi dah plan nak buka puasa dengan Bff. Kesian rindu sangat nak jumpa bff mujurlah Cik Na mimi yang hantar dan ambil budak2 ni. Cik Na tu kira mak angkat diorang dari sekolah rendah dialah tukang hangkut kalau nak gi open house atau keluar tengok wayang. Tahun ni SPM tahun depan masing2 membawa haluan sendiri. Cepatnya masa berlalu rasa diorang ni masih sekolah rendah lagi.