Kalau cuti inilah kerja en suami merayap carik port yang sesuai untuk menembak dengan geng di sebabkan dia tak de blog so aku curik ler foto2 yang cantik masukkan kat blog, cantik jugak gambar2 ni daripada simpan buat pekasam baik aku masukkan kat blog.
Sunday, 28 April 2013
Nasi Tomato
Hari ni masak menu istimewa untuk diri sendiri sebab dah lama tak makan nasi tomato. Aku tak boleh makan nasi tomato kalau bukan buat sendiri sebab sangat alah pada minyak sapi, so kalau buat sendiri tumis dengan minyak biasa jer, kalau pergi rumah orang kawin aku hanya akan makan nasi biasa memang tak heran ler pada nasi hujan panas, nasi briyani ke atau nasi minyak kalau makan jugak boleh pening kepala satu hari.
Nasi Tomato mula2 tumis bawang putih, bawang merah buah pelaga, halia, 1 kuntum bunga lawang dan 1 batang kayu manis. Bila nak naik bau masukkan 1 1/2 cawan air dan 1 cawan susu cair bersama kismis dan sedikit garam ke dalam periuk nasi. Sebelum tu basuh 3 setengah cawan beras.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering. Tumis kesemua bahan2 tersebut bersama kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau masukkan 1 sudu serbuk kunyit kemudian masukkan sedikit air dan masukkan nenas. Apabila telah hampir masak
masukkan gula dan sedikit garam ( kalau ada cili masak masukkanlah yer nampak menarik
sikit:)
Ayam Masak Merah
Perap ayam bersama kunyit dan garam kemudian goreng. Blander cili kering bersama, bawang besar, bawang putih dan halia . Tumis kesemua bahan sampai garing kemudian masukkan 4 sudu cili sos, 2 sudu tomato sos, sedikit air, 1 keping asam keping, masukkan 3 batang serai yang telah diketuk, masukkan gula, sedikit garam dan bahan perisa last sekali masukkan kacang peas.
Wednesday, 24 April 2013
Kuih Keria
Keledek bewarna oren hanya sesuai untuk goreng dan buat bubur, tapi untuk buat kuih guna keledek yang berwarna kuning keperangan, sebabnya keledek yang bewarna oren lembik so bila buat kuih kena letak banyak tepung baru boleh bentuk, buat kuih banyak tepung tentulah tak sedapkan. Dah seminggu rebus keledek berhajat nak buat kuih tapi datangla pulak penyakit malas.....namun dengan bantuan dua orang anak dara yang rajin maka jadi jugak kuih keriaku :)
Tuesday, 23 April 2013
ZOO NEGARA bersama anak-anak yatim
Hari Sabtu orang sibuk nak pergi penamaan calon akupun sibuk gak pergi Zoo ikut group BAKEP bawak anak-anak yatim. Sebenarnya dah lama benau aku tak jejak Zoo Negara seingat aku tak pernah pergi satu family sebabnya anak2 biasannya akan pergi dengan rombongan sekolah Tadika itu memang acara wajib so buat apa pergi lagi kan....lebih seronok pergi dengan kawan2.
Sejujurnya Zoo sekarang seperti hidup segan mati tak mahu, sangat berbeza sewaktu zaman aku sekolah, dulu setiap kali ada hari kanak-kanak sedunia aku akan pergi Zoo sebab masuk percuma tapi kena pakai baju sekolah la. Dulu Zoo memang meriah ada restoren KFC di atas tasik tapi sekarang dah tak de lagi....kandang2 haiwan tak terjaga semak samun, haiwan pun tak banyak, banyak kandang dalam proses baik pulih. Bayaran masuk Zoo pun dah mahal dewasa Rm 30 manakala kanak2 Rm 8 rasa sangat tidak berbaloi.
Tekun mendengar penerangan sebelum explorace bermula
Mulakan langkah mencari Klu
Kasi Gajah makan Tebu Rm 2 sebatang
Persembahan Burung tak ingat burung apa???
Ni pun tak ingat binatang apa????
Persembahan Singa Laut
Kuda yg sangat comel ni artis tau berlakon citer Zoo
Binatang yang aku paling geli tak berani nak sentuhpun...
Burung Kakak Tua
Masing2 dah penat, masa untuk makan ....
Selamat tinggal anak2 semua semoga kita berjumpa lagi in sya Allah.....

Monday, 22 April 2013
Fish & Chips kegemaran anak-anak
Bila malas nak masak ini pun cukup untuk anak dara yang sangalah suka makan fish&chips. Kalau makan kat Secret Recipe sepinggan 17 hengget tapi beli kat Jasco 1 kotak ada 5 ketul 15 hengget dari segi rasa sama jer.....yang penting anak2 kenyang dan jimat :)
Sunday, 21 April 2013
Wednesday, 17 April 2013
Mee Kari
Mee kari ni aku masak ikut citarasa anak tekak sendiri selain guna rempah kari aku juga masukkan 2 sudu besar rempah kurma adabi sesuka hati jer kan..... tapi pada aku rasa sedaplah cubaan yang menjadi.....ma tak suka kalau aku masak mee kari, dia kata "pelik eh letak daun kesum dan serai"...tapi pada aku daun kesum dan seraitulah yang menaikkan rasa menjadi lebih sedapppp.....selera masing-masinglah kan.......
Bahan-bahan
1 1/2 bungkus mee kuning
1 biji kelapa - santan cair sahaja
1 paket serbuk kari
2 sudu besar rempah kurma adabi
5 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 sudu cili giling
1 batang kayu manis
1 biji ubi kentang (besar) - dipotong dadu
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 tangkai daun kesum
2 batang serai - diketuk
1 paket tauhu kering
1 keping asam keping
Fish cake
Fish ball
Isi ayam
Udang
Sayur sawi - celur
Telur - rebus
Bawang goreng
Daun sup
Cara-cara
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili giling, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga sampai naik bau
Masukkan rempah kari dan rempah kurma bersama daun kari kacau sampai garing
Masukkan isi ayam dan ubi kentang kemudian masukkan air
Masukkan asam keping dan serai
Apabila air telah mendidih masukkan santan kacau sentiasa
Masukkan udang , fish cake, fish ball dan tauhu kering
Masukkan daun kesum
Akhir sekali masukkan garam dan sedikit serbuk perisa
Celur sayur sawi dan toskan
Hidangkan bersama daun sup, bawang goreng, sayur dan telur rebus

Sunday, 14 April 2013
Pengat Ubi Kayu untuk minum petang
Beli ubi kayu sebab nak makan ubi rebus makan bersama kelapa, tapi terlupa pulak nak pesan kat en suami beli kelapa parut putih sahaja. So terpaksalah tukar plan B buat pengat ubi kayu.
Saturday, 13 April 2013
Siakap masak stim, Kerabu peria, Sambal ikan mangga, Kailan ikan masin, Ikan merah goreng :)
menantunya :)
Ikan siakap masak stim..........
Sambal ikan mangga ......
Subscribe to:
Posts (Atom)