Sejak mamanya mengandung Aimi la yang paling teruja yer la budak tak pernah ada adik. Siap ucap terima kasih mama sebab kasi mek adik. Berbezala dengan mama dia dulu tak suka dapat adik sebab segala aktiviti merayap akan terbantut nanti kena buai adik. Sekarang bila balik sekolah terus terkam adik suka sangat cubit pipi adik...dah cakap jangan cubit pipi tak dengar so mamapun buat ler citer rekaan kakak cubitla pipi adik nanti adik tak mau minum susu jadi kurus kering sejak tu dah tak cubit. ...(taupun takut adik kurus)
Bila adik tido dia gi dokong kata adik jaga berangin jer tengok perangai dia. ..dah la adik susah nak tido macam2 gaya mama buat nak kasi tido. ...baru jer tido kakak dah kacau...
Sekarang Aimi dah boleh harap dia sukala kalau dapat pakaikan baju baby...kasi susu. ...dodoikan baby. ...tapi aku sentiasa perhatikan.
Bila malam adik buat perangai susah nak tido aku dah letih diala yg akan dokong adik dodoikan sampai adik tido terharu tengok sikap matang kakak Aimi.
Tidurkan adik dengan dia sekali terlena
Kakak Aimi kasikan susu dengan penuh kasih sayang
Ni gambar yang tak boleh blah boleh pulak main gameboy dalam kelambu adik. ..