Sepanjang bulan Ramadhan macam tahun -tahun yang lepas kami berbuka kat umah mak Alhamdulillah setakat ni aku masih berpuasa penuh walaupun sebenarnya dalam hati tu terpikir jugak kat baby macam mana yer ...tapi Allah punya kuasa hanya berserah kepadanya sesungguhnya dia maha mengetahui....
Anak-anak suka la kalau berbuka kat umah Tok Wan macam-macam menu Tok Wan masak tiap -tiap hari dengan menu yang berbeza sedap-sedap pulak tu. Antara menu yang paling istimewa tentulah nasi kerabu disamping nasi tomato, nasi ayam, laksa, soto ayam, mee kari, mee goreng, Mee hon sup, mee hon tom yam ermm macam-macam lagilah semuanya menyelerakan. Aku tak suka makan nasi masa berbuka bukan apa kalau berbuka makan nasi nanti waktu sahor tak lalu nak makan jenuh termenung nak menghabiskan sepinggan nasi.
Nasi kerabu
Nasi Tomato
Nasi Ayam
Laksa penang kegemaran semua
Mee goreng basah
Mee Sup ayam
Mee Hon Tom Yam
Alhamdulillah syukur nikmat.....
No comments:
Post a Comment