Guna kambing yang dah siap potong untuk buat lamb chop
Yang ni nasi arab ayam bersama meatball
Sos tomato
Blander atau potong dadu 4 biji tomato gaulkan bersama gula, garam,daun ketumbar dan
akhir sekali perahan lemon pepandailah agak rasanya ...
Rempah Kabsa
Guna beras Basmathi Jasmine
Macam ni lah rupa nasi sebelum di masak
Nasi arab dah masak
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi
6 keping potongan kambing
5 sudu besar rempah kabsa
2 biji bawang besar ( dipotong)
5 cawan air
2 kuntum bunga lawang
1 kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 sudu minyak untuk menumis
sedikit garam
Cara-cara
Rendam beras terlebih dahulu selama setengah jam
Panaskan 2 sudu minyak tumis 5 rempah Kabsa bersama bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bawang
Apabila telah naik bau masukkan lebih kurang 6 cawan air dan sedikit garam
Masak kambing dalam periuk pressure cooker selama 15 minit
Kalau guna periuk biasa masaklah sampai daging kambing lembut dan lebihkan air untuk rebusan
Masukkan daging kambing yg telah masak kedalam periuk sup biarkan selama 5 minit
Sementara dalam periuk nasi sediakan beras yag telah dibasuh kemudian masukkan sup tadi dan daging kambing kedalam periuk nasi sukatan untuk 4 cawan beras bersamaan 5 cawan air
Masak nasi seperti biasa.
10 comments:
Salam azmatun..
nasi arab ngan nasi bukhari sama ker? dok cari resepi nasik bukhari tak jumpa2...rempah khabsa tuh susah nak dpt kat sini..:)
WALAIKUMSALAM UMMU
NASI ARAB DAN NASI BUKHARI TAK SAMA LAH UMMU KALAU NAK BOLEH SAYA POSKAN NO PROB...
wah sedapnya...pandainyer carik rempah tu, susah nak jumpa sebenarnya, tapi saya pki pes segera nasi arab jenama al-bayt..seng siap ngan beras basmathy dan rempah sekali, alhamdullilah suami suka itu yang penting... jemput singgah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html
Assalamualaikum...kat mana nak cari rempah kabsah tu ye
Nak belajr la...nak jgk try....mohon tunjuk ajar nnti...sy cri bahan dlu ya
boleh no prob ikut resepi in syaa allah jadi
wah nampak sedap dan lazat sangat, sambil baca terliur, tapi malas pulak nak masak
Mudahnya masak nasi arab kini tak payah susah-susah hanya dengan ....
wah nampak sedap dan lazat sangat tapi malas pulak nak masak
Mudahnya masak nasi arab kini tak payah susah-susah hanya dengan ....
Kanning masak dgn air biasa sahaja ker?
Di sek 7 bangi ada jual bahan2 nk buat nasi arab. Mcm2 rempah ada jual di situ..td saya pegi beli, harga berpatutan.
Post a Comment