Tak salah melatih anak-anak bantu kita didapur atau bantu buat kerja rumah yang mudah sekadar tolong jemur kain, kupas bawang, tumbuk menumbuk,kemas bilik sendiri, gosok baju sendiri, kerja2 yang ringan jer. Sebenarnya bagus memberi pendedahan macam ni sejak dari kecil supaya anak2 lebih bertanggungjawab dan tidak bersikap lepas tangan. Banyak kebaikannya malah dapat menjadikan mereka boleh berdikari dimasa akan datang. Bukan buat kerja beratpun sekadar bantu sikit-sikit apa yang patut. Dulu aku langsung tak pernah suruh najla buat kerja rumah tapi en suami kata tak boleh macam tu jangan manjakan sangat anak2 biar dia reti sikit buat kerja rumah. Berbanding Najla Aimi memang rajin kedapur mungkin juga disebabkan dia minat masak. Kalau aku masak (makanan yg dia suka) sibuk tanya resepi jangan tak caya dia dah pandai masak nasi goreng dan puding roti.
Ginilah gayanya kalau tumbuk bawang
Masak apa tu kak
Menumbuk kacang ni masa raya
1 comment:
Gelak guling2 tengok aimi pakai benda tuh tumbuk bawang..heheh lawak sungguh..:)
Post a Comment