Meh nak kasi resepi bahan-bahan 200 gm makaroni rebus dulu, 2 cawan susu full cream, 5 biji telur, 2 biji bawang besar didadu, 5 ulas bawang putih dicincang, 3 sudu besar rempah kari daging (guna kari babas), 200 gm daging hancur, garam, bahan perisa dan gula secukup rasa, kalau nak pedas potong cili api ( biasalah selera melayu )
Cara-caranya mula2 rebus makaroni dan toskan, tumis bawang besar, bawang putih, halia, rempah kari sehingga naik bau kemudian masukkan daging hancur kacau sehingga daging masak kwmudian masukkan makaroni gaul rata. Blander 1/2 cawan tepung,2 cawan susu dan 5 biji telur.Masukkan dalam bekas kesemua bahan. Taburkan mozarella cheese dan bakar selama 30 minit bila dah masak taburkan cili dan daun sup ok siap senang lagi sedap cubalah. ...
1 comment:
Nampak sedap nie..bahan pun cam taklah rumit sangat...inshaallaha kan cuba 1 day sbb byk tgk orang dok tayang wpun sy bkn penggemar makaroni...:)
Post a Comment