Kesian sungguh anak2 yang ambil PT3 untuk tahun ini diorang ni jadi bahan ujikaji pulak. Aku bukanlah seorang yang menentang perubahan tetapi kalau nak buat sesuatu perubahan atau pembaharuan pastikan dulu benar2 bersedia kerana ini melibatkan masa depan pelajar. Apa yang aku lihat sekarang kerajaan tidak benar2 bersedia untuk melakukan perubahan.Tiada buku rujukan yang cukup pelajar tak tahu nak rujuk dimana. Contoh2 soalan untuk peperiksaan PT3 hanya dikeluarkan pada bulan Julai macam mana murid2 nak membuat persedian, tempoh masa mengulangkaji yang sangat singkat lebih kurang 5 bulan kerana skop soalan sentiasa berubah2.
Bayangkanlah sehingga disaat2 akhir peperiksaan hendak dijalankan cikgu2 sendiri masih samar2 kabur dengan skop soalan peperiksaan PT3 yang sebenar. Ayoyo apa citer ni.
Kesiannya pelajar tingkatan 3 tahun ni termasuk anak aku lah tu. Soalan peperiksaan tidak seragam ada 300 set bermakna setiap sekolah berlainan soalan.
Semua soalan adalah subjektif langsung tiada soalan objektif. Soalan aras tinggi seperti tahap tingkatan 5. Najla kata soalan matematik dan sains sangat susah aku cuba nak pastikan tanya kepada kawan yang anak bersekolah asrama ternyata jawapannya adalah sama soalan terlalu susah senang kata bukan tahap tingkatan 3.
Aku pergi sekolah untuk dengar sendiri penerangan tentang peperiksaan PT3 memang bagus pembaharuan yang hendak dilakukan. Apa yang memeningkan Najla kata segala penerangan yang aku dengar tu sudah berubah 100% langsung tidak boleh digunapakai samasekali pulak dah. Aku sangat percaya ramai ibu bapa yang kecewa dengan PT3 yang hentah hape-hape, kucar kacir, haru biru, lintang pukang dan seangkatan dengannya.
Sekian.....
Luahan hati ibu yang kecewa dengan PT3
Tolong jangan jadikan pelajar mangsa kelemahan pentadbiran "ANDA"
No comments:
Post a Comment