Cerita sedih beberapa hari lalu hari ni baru sempat nak share. Kisah ini tentang jiran sebelah rumah yang aku panggil kakak. Hampir enam tahun tinggal disini kami jarang bertegur sapa kerana jarang sekali bersua muka namun setahun sekali kami akan undang kak liza dan family untuk jamuan raya itupun jika buat tapi sudah 2 tahun tak buat maka secara tidak langsung aku sudah 2 tahun tidak borak2 dengan kakak masing2 dengan hal masing. Beberapa bulan lepas aku perasan tak pernah dengar suara kakak, kakak selalu balik lewat dan setiap kali pulang akan memberi salam sebelum masuk rumah aku rasa pelik dan bertanya kepada en suami ada nampak kakak tak. ...en suami kata kakak sakit jatuh di ofis dan bercuti panjang. Bila dengar kakak sakit aku memang nak pergi melawat tapi segan nak melawat ( sungguh tidak patut aku sangat2 menyesal sebenarnya) inilah yang dipanggil malu tidak bertempat....(ya allah ampunkan aku).
Hari selasa setelah sekian lama aku terserempak dengan abang Din suami kakak entah kenapa tiba2 mulut ringan nak bertanya bang kakak sihat? Abg Din kata dik kakak dah tiada.......inalillahi Wainailaihi Rojiun......aku tersentap seketika....ya allah....ya allah....ya allah...satu perasaan yang sukar aku gambarkan.....abg Din kata kakak meninggal hari khamis 25/12/2014 DI HUKM kerana sesak nafas dia kata nak kasi tahu aku tiada dirumah....dan no tel pun tiada sebab dia tukar phone. Bermakna setelah beberapa hari kakak pergi baru aku tahu.
Semoga kakak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ...Al Fatihah....
No comments:
Post a Comment