Kisah tiga minggu lepas baru sempat nak update kereta comel aku kena langgar dengan kereta si mabok durjana pagi2 si mabok dah menyusahkan orang aku sudah tentulah susah tapi orang ramai yg nak gi kojer tak pasal2 sangkut dalam jam gara2 si mabok. Sakitnya hati bila dia kata aku emergency break amboi suka hati ko jer tuduh aku. Aku yang pada mulanya tak marah boleh naik angin satu badan dengan tuduhan tidak berasas ko, dah lah mulut bau air setan ada hati nak menyalahkan orang. Bila aku suruh dia ikut gi balai polis masa tu jugak baru nak minta maaf mengaku bersalah. Syukur masa kejadian aku tak fobia boleh lagi bawak kete anak-anak pun diam ja Asissa kat depan ralit dok hisap jari seperti tiada apa2 yang berlaku. Sangat tidak puas hati masa buat report polis tak boleh citer pasal pemandu mabok sebab insurance tidak akan cover kalau kes pemandu mabok, dah nak buat macam mana selamatlah si mabok tak dikenakan apa2 tindakan undang2. Si mabok hanya kena denda RM 1000 kerana memandu tanpa roadtax bukan kerana mabok. Sejak kejadian aku sekarang sedikit fobia kalau bunyi break rasa nak gugur jantung.
Tengok kereta si mabok teruk jugakla.....
Mek Cha cool hisap jari bertemankan puteh kesayangan
Disebabkan hentaman yang kuat dari belakang kereta aku hentam Avanza sebelah kanan
Di sinilah kejadannya pada pukul 7.20 pagi
No comments:
Post a Comment