Masa berlalu begitu pantas sedar tak sedar sudah enam tahun aku berumah di villawangsamas. Ingat lagi masa mula2 pindah dulu Najla darjah lima, Aimi lima tahun masing2 jakun nak mandi swimming pool kalau boleh tiap2 hari nak terjun swimming pool tapi selepas setahun depa dah tak heran boleh dikira setahun hanya beberapa kali pergi swimming pool yang kesian Arissa sempatla merasa dua tiga kali sebelum pindah. Sepanjang tinggal disini kami hidup dengan dunia kami sendiri tak kenal jiran tetangga masing2 dengan hal sendiri. Sejujur dari hati aku tak suka suasana kehidupan disini. Alhamdulillah perencanaan allah buat kami adalah yang terbaik aku redho dengan ketentuannya sekarang kami sudah berhijrah memulakan kehidupan baru di tempat baru yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment