Sejak berpindah dari KL hanya seminggu aku menumpang di rumah mertua yang selebihnya hampir enam bulan kami menjadi penghuni sebuah bilik kecil di belakang kedai. Disitulah juga aku anak beranak berhimpit tidur. Boleh bayangkan bilik yang sebesar hotel budget itu tempat kami solat,makan semuanyalah disitu. Langsung tidak selesa kerana tidur hanya beralaskan toto bila bangun pagi badan sakit2. Baju pulak sebakul untuk 4 beranak demi untuk menjimatkan ruang yang terhad. Kaedahnya hanya 2 helai baju tido dan 3 helai baju kerja yang aku gilir sepanjang tempuh rumah siap. Ada jugakla perasaan malu asyik2 pakai baju tudung yang sama tapi nak buat caner demi untuk menjimatkan ruang yang sempit. Namun disebalik kejadian ada hikmahnya, Allah beri aku merasa "kesempitan hidup" untuk seketika. Disamping mendidik hati untuk bersyukur, sabar dan redho kerana keadaan itu hanya sementara waktu sahaja. Memang tidak dinafikan adakalanya menitis air mata namun aku kuatkan hati. Alhamdulillah rumah dah siap dan kami telah berpindah dari bilik sempit tapi yang menjadi masalah ada seorang insan yang tidak boleh terima hakikat.....dia tetap nak "acuk yik" ( masuk bilik) itulah arissa safiya setiap kali nak tido mengamuk suruh mama "acuk yik" nak jugak pergi bilik sempit hahaha anak....anak....terpaksa mama bawak tunjuk bilik sudah tidak ada bantal, bakul dan toto.....dua tiga kali baru dia faham bilik kecil sudah tidak dihuni lagi.....sekarang menjadi surau untuk kegunaan ramai.
1 comment:
salam azmatun,
saya ni selalu baca post blog ni wpun tak tinggalkan komen..namun bila baca entry ni, membuatkan rasa berpikir n sedar betapa tidak bersyukurnya saya..betapa azmatun n family lagi sabar menempuh situasi begini..
our story is almost the same, kami bukak kedai, pindah rumah,,then terpaksa sewa rumah/ala pejabat atas kedai yg takde bilik or partition untuk sementara waktu..rumah yg jauh lebih kecik dengan semaknya brng, bila masak satu rumah boleh menyerap bau..dengan keadaan toiletnya..tidak selesanya..sy dh byk mengeluh n komplain..sedangkan drp aapa yg azmatun ceritakan tu..keadaan kami much better dr korang yg tinggal sementara dibilik kecil..tengoklah berkat kesabaran korang dihadiahkan rumah yg besar lagi cantik Alhamdulillah..
sy kena remind myself tuk jd lebih sabar n bersykur,...inshaallah this phase will be over soon...kami pun akan pindah kerumah baru yg bakal siap tengah tahun nanti..:)
Post a Comment