Masih segar dalam ingatan kejadian gerhana matahari semasa aku berumur 10 tahun. Kebetulan cuti sekolah kami ramai2 bersama jiran tetangga melihat kejadian gerhana seperti pesta meriahnya. Kami takung air dalam besin yang besar lihat ramai2 melalui air tak berani langsung melihat direct kerana dikatakan akan jadi buta. Setelah 30 tahun kejadian sama berulang kembali. Pagi tadi dapat lihat dengan jelas subhanallah tiada kata yang terucap. Sesungguhnya kejadian yang terjadi bukan semata2 fenomena luarbiasa alam tetapi itu tarbiah Allah untuk membawa hati manusia dekat padanya.
No comments:
Post a Comment