Friday 10 May 2013

Fesyen Terkini : Baju Kurung Moden Di Jahit Lace

Perasan tak sekarang ni fesyen terbaru (rasanya mcm tu maaflah kalau aku yang ketinggalan) baju kurung moden dijahit bersama lace samaada dibawah baju, tangan dan di bahagian dada. Manakala untuk jubah boleh di jahit lace pada bahagian dada dan bawah jubah. 

Kalau buat baju kurung atau baju kurung moden material pilihan aku tentulah yang kosong, jarang sekali aku beli kain yang bercorak terutama hari raya bukan apa dah ada pengalaman  bertembung dengan orang yang pakai baju serupa malu nyer....sejak dari tu kalau nak pergi majlis orang kawin atau hari raya aku prefer pilih baju kosong.

Baju kosong sangat cantik apabila disuaipadan dengan lace. Lebih menyerlah jika menggunakan warna yang contrast cth pink biru, hitam putih atau hijau pink. Kalau nak beli lace belilah di Kedai Bunga Riben aku selalu pergi yang dekat sebelah Semua House, banyak pilihan dan harganya pun berpatutan. Untuk sepasang baju kurung moden memerlukan 1 1/2 meter lace, manakala baju kurung biasa memerlukan 2 meter, cukup untuk jahit di bawah baju dan tangan. Ha.. apa tunggu lagi raya tahun ni leh lah buat fesyen ni.....( aku dah beli kain utk buat baju raya overrr kannnn hehehe) 

                                                 Antara lace yang dijual 

Tak digalakkan beli design ni sebab sukar nak jahit pada baju

Pilihlah warna lace yang contrast dengan warna baju 

                                             Macam-macam pilihan dan harga yang berbeza

                                             Yang ni jubah, jahit lace dibahagian dada
                      

Yang ni pula baju kurung moden jahit lace di bahagian bawah baju, kalau rajin boleh diserikan dengan menjahit pearl pada lace ikut kreativiti masing2



7 comments:

Umm AA said...

salam azma,
saya suka jgk lace nie..kalau sikit2 nice lah pd sy..tp kalau byk2, berat2 mmg kurang gemar sket...:)

Anonymous said...

kt mne ye nk cri lace cm ni??
ssh lh nk jmpe.....
bnyk kdai dh survey tp xde

Unknown said...

lace ni melambak kat Kedai Bunga Riben. Kedai Bunga Riben ada kat sebelah semua house dan kat Chaw Kit

KethZone said...

jual ka ni....i'm from sandakan sabah, but blum perna jumpa kedai ada jual lace2 mcm ni.........

Unknown said...

kathrina Asran
Saya tak jual lace mungkin kat Sabah tak de tapi di sini sangat banyak Jakel pun ada jual tapi mahal sikit harganya

Anonymous said...

Cri kat www.megatkristal.com...cantik2 n murah2...:-)

shamyheart said...

cantik lace.
suka. Sha ingat nak beli lace ni, letak pada hujung baju. Tengok kawan-kawan pakai, cantik