Sup
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil rempah sup
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
Cara-cara
Tumis bawang putih lada hitam, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Masukkan air ( lebihkan air kerana menggunakan sup untuk masak nasi)
Apabila telah mendidih masukkan ayam
Akhir sekali masukkan garam dan sedikit serbuk perisa
Nasi
Bahan-bahan
3 cawan beras
1 sudu kecil ( rata ) serbuk kunyit
1 biji bawang besar di mayang
1 ulas bawang putih di mayang
1 inci halia di mayang
1 batang serai diketuk
Cara-cara
Basuh beras
Tumis bawang merah, halia dan bawang putih
Masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi
Gunakan sup untuk masak nasi
Masukkan serai yang telah diketuk
Masukkan sedikit serbuk kunyit kacau rata ( serbuk kunyit tidak akan mengubah rasa nasi)
Masukkan sedikit garam
Ayam
Ayam yang telah masak bersama sup tadi keluarkan dan perap pula dengan kicap dan sos
tiram selama setengah jam kemudian goreng. Potong tomato dan hiaskan bersama daun
salad
Sambal
Bahan-bahan
10 biji cili api
5 sudu cili sos
seulas bawang putih
3 sudu cuka
Cara-cara
Blender cili masak, cili api dan bawang putih bersama 1 cawan air
Masak dalam periuk sampai mendidih
Akhir sekali masukkan cili sos, garam, gula dan cuka
1 comment:
sedapnya nasi ayam awak nie..telan liuq jer lah..nak buat dah tak larat..:)
Post a Comment