Kuih tradisional orang Terengganu dan Kelantan. Dah lama sungguh aku tak makan kuih ni. Dok tahu bak po aku suko sangat kuih ni. Padahal bahan-bahannya simple je. Tapi kalau ma buat aku makan semahu-mahunya. Nak buat kuih ni sangat senang sebab menggunakan ubi semata, cuma satu perkara yang leceh nak parut ubi kayu tu. Kalau boleh pakai balender mau aku balender je ubi kayu ni . Nak parut sendiri jenuh kotttt. Disebabkan cuti maka aku bolehler mengatur ma minta tolong ma parutkan ubi guna mesin parut kelapa sekejap je siap sekilo setengah ubi kayu.
Ubi kayu yang telah di parut
Balut dengan daun pisang
Bersedia untuk dikukus
Ubi yang telah dikukus di salut pula dengan kelapa
Makan bersama air gula melaka
No comments:
Post a Comment