Nak citer pasal pasu seramik yang sudah bertahun menjadi koleksiku.....sayang sangat pada pasu-pasu ni nak tau sebab apa, sebab pasu-pasu ini hanya aku sahaja yang ada ( carilah satu dunia pun takkan jumpa). Pasu- pasu ini adalah hasil kreativiti dan kerjatangan Kak Linda kakak aku dia yang mencipta dan sekaligus membuat pasu- pasu ini istimewakan. Aku sanggup beli almari khas untuk letak pasu-pasu ni. Ada diantara pasu yang Kak Linda buat telah pecah jadi dengan rasa penuh tanggungjawab biarlah aku sahaja yang menjaganya.
Kalau Kak Linda datang rumah dia seronok tengok pasu terjaga elok. Rasanya sampai anak cucu cicit dia pun boleh tengok koleksi pasu. Semua koleksi pasu dibuat untuk final projek seramik semasa dia belajar di UITM Shah Alam pada tahun 1995. Klasikkan kesemua pasu ni. Kalau tidak silap pasu ini ada ciri-ciri seni Jepun.
Yang ni bapak segala pasu-pasu yang ada bukan kak Linda buat tapi aku beli di SSF
No comments:
Post a Comment