Monday 29 October 2012

Jom Belajar Jahit Manik..... cara paling mudah

Untuk orang yang tak berapa nak kreatif macam aku ni bolehlah cuba. Tangan punyalah keras nak lukis corak yang simple pun tak boleh .....bila dah lukis ( cuba jugak la...) tapi hasil lukis tangan kiri dan kanan tak sama ( cuba punya cuba ...tak cantik gak...).

Aku ni memang pantang kalau tengok batu mengelip-ngelip kat baju tak kesahla baju orang pakai ke atau kat kedai mesti pergi dekat-dekat pas tu belek cam mana dia jahit ( tapi kalau orang yang tak kenal tak de la aku gi belek...nak kena penampau..)....dan kalau line clear ambik gambar terus la senang aku nak cuba nanti..( pencuri idea gitu...).

Sekarang aku dah temui cara yang amat mudah untuk menghasilkan jahitan manik yang sangat cantik dan nampak glamour..... senang korang.  Selalunya untuk yang bertudung tak perlulah jahit panik pada bahagian leher...bukan nampak pun. 

Dengan hanya menggunakan semeter lace ( panggil tapak pun boleh gak..) cukup untuk kiri dan kanan tangan. Lace tu korang jahit jelujur kasar je pada tangan. Lepas tu belilah manik yang bersesuaian ...lebih cantik kalau manik tu banyak warna ...ikut warna yang ada pada baju.
Jahitkan sahaja manik tu diatas lace. Lace banyak pilihan ada 1/2 inci ( sesuai utk baju anak) 
1 inci, 2 inci pun ada ikut suka la nak yang mana...regenyer pun berbeza-beza. 

   Maaf ye gambar tak berapa nak menarik ....



    Ni aku jahit untuk baju raya Najla ...di leher dan tangan....


    Sebelum ni aku hanya tahu jahit manik cara gini je ...paling senang tapi tak menarik 
    sangatlah kan...

Jahit manik ni sebenarnya untuk menambahkan seri pada  baju. Kalau baju tu  biasa-biasaje tapi bila ada manik terus nampak meletop......macam orang jugaklakan..... walau tak cantik bila dah pakai make-up terus nampak berseri-seri betul tak....


No comments: