Wednesday 5 December 2012

Air mendidik diri untuk minum air yang cukup setiap hari

Aku rasa ramai orang tidak suka minum air kosong, walaupun semua sedia maklum badan kita memerlukan 8 gelas  air sehari. Dulu masa sekolah aku rasa pelik bila tengok budak cina bawak sebotol besar air pergi sekolah, siap gelakkan maklumlah budaya itu tidak biasa dikalangan orang melayu. 

                                                      Minum 8 gelas air kosong sehari 

Susahnya nak tanam minat minum air, aku bercakap melalui pengalaman sendiri, tapi bila memikirkan tentang kesihatan diri buang sikap malas tu bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. 

Cara yang aku amalkan supaya minum air yang cukup setiap hari
  1. Untuk memastikan misi berjalan lancar korang belilah botol besar dulu....
  1. Pagi- pagi bila sampai opis terus isi 1 bekas air penuh
  2. Letakkan botol air tu kat tepi kita ayat mudah depan mata korang la....
  3. Pas tu apa lagi minum ler ......setiap setengah jam sekali 
  4. Pastikan sebelum balik korang kena habiskan air tu kalau tak habis jangan balik
  5.Yang penting pastikan amalan itu bukan hangat-hangat tahi ayam......
  
 

 Kurangkan minum minuman manis, hanya sekali sehari pada waktu pagi sahaja.
 Ini tidak siang malam pagi petang air manis......bahaya.......bahaya........

























Antara manfaat air putih:-
* Penawar segala penyakit
* Memperbaiki sel yang rosak
* Menurunkan berat badan

Akibat kurang air :-
* Tubuh selalu kepenatan
* Sakit kepala yang kerap atau migrain
* Sembelit
* Ketegangan otot
* Tekanan darah yang tidak seimbang
* Masalah buah pinggang
* Kulit kering 

Air yang cukup amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan.
Banyak minum air juga dapat membantu sistem penapisan tubuh mengeluarkan toksin serta mengawal mineral di dalam badan dan yang paling utama air sangat penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang kita.  Selamat minum air...........

No comments: