Monday 10 December 2012

Masak lemak ketam dan udang

Maaf ye gambar tak cantik .....bila lah agaknya nak beli camera yang boleh ambil gambar   
                                  secantik gambar masakan mat gebu dan ibundo




Bahan-bahan
4 ekor ketam
10 ekor udang 
Santan ( 1 biji kelapa)
2 biji bawang putih- ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
8 biji cili api- ditumbuk
1 inci kunyit - ditumbuk
1 keping asam keping 
2 batang serai
1 helai daun kunyit
Cara-cara
1.Panaskan 2 sudu minyak masak  
2.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk, kalau tak nak tumis pun boleh sbb santan akan 
   keluarkan minyak...tapi aku suka tumis supaya naik bau....
3.Setelah naik bau masukkan santan - sentiasa dikacau
4.Apabila santan sudah mendidih masukkan udang dan ketam
5.Masukkan asam keping
6.Masukkan serai dan daun kunyit
7.Masukkan garam secukup rasa...

No comments: