Thursday 13 December 2012

Puding Roti Kukus

Malam tadi sambil-sambil tengok bola sempat buat puding roti dah lama tak buat ...biasanya puding roti dibakar tapi aku suka kukus....bukan apa kalau buat 1 bungkus roti mau 2..3 hari baru habis, so simpan dalam peti ais bila nak makan baru kukus semula atau panaskan dalam microwave dan ternyata rasanya lebih sedap dari semasa mula dimasak...
Kali ni puding roti aku tak ada sos kastad bahan-bahan tak cukup so guna apa yang ada je yang seronoknya sekelip mata telah di kerjakan oleh Aimi dan Najla..... 



Bahan-bahan
1 buku roti - dipotong2
1/4 butter 
1 tin susu air @ fresh milk
2 kotak kismis lego
1 cawan gula
1 sudu esen vanila
4 biji telur

Cara-cara
Potong roti sekeping menjadi 4 bahagian
Blender susu, butter, gula dan telur
Gaul roti dengan semua bahan yg telah di blender dan masukkan 1 sudu esen vanila
Masukan dalam bekas untuk dikukus dan taburkan kismis 
Kukus selama 45 minit

No comments: