Tuesday 25 December 2012

Kerabu sarang

Kerabu sarang ni makanan orang kelantan tak pasti kat sini ada jual ke tak, tapi kalau bulan puasa  aku pernah tengok orang jual di Bazar Ramadhan dan yang menjualnya sudah tentulah orang Kelantan. Orang Kelantan panggil kerabu "saghre" iaitu sejenis rumpai laut, rupa macam me hoon. Aku tak pasti kenapa orang panggil kerabu sarang mungkin rupanya yang seakan sarang burung. Warna asalnya  kelabu kehitaman tetapi setelah dicuci bersih dan dijemur di bawah cahaya matahari warna akan bertukar kepada warna keperangan.

Rumpai laut di dimakan bersama kuah tumis santan, budu, kelapa goreng yang ditumbuk, isi ikan yang telah tumbuk bersama bawang merah, cili api dan perahan asam limau. Rasanya agak rangup dan sangat sedap di maka bersama nasi putih sebagai penambah selera.

                              Macam inilah rupa kerabu sarang yang telah siap untuk dimakan 



                        Rupa rumpai laut sebelum dibuat kerabu sarang( ihsan google)
                 

No comments: