Sebenarnya teringin nak makan kuih bom keledek so belilah keledak dan kelapa untuk buat inti....tetapi bila sampai rumah lupa pulak nak beli bijan adoiiiii nak pegi kedai balik memang tidaklah..... so masak jugak tukar resepi kepada kuih cucur badak....
Bahan-bahan
1/2 biji kelapa parut
5 biji bawang kecil - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sudu besar udang kering - ditumbuk
2 batang serai- ditumbuk
6 biji cili api - dipotong
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
1/2 kilo keledek
3 cawan tepung gandum
sedikit garam
Cara-cara
Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sampai naik bau
Kemudian masukkan kelapa parut kacau sebati
Masukkan cili api potong ( boleh juga gunakan cili giling)
Masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perisa
Rebus keledek buang kulit kemudian tumbuk
Masukkan tepung dan gaul rata serta masukkan garam
Bentukkan adunan bulat2 kemudian masukkan inti
Setelah masukkan inti bentukkan kuih comel2 gitu.....

4 comments:
pandainya awak buat cucr badak nie..nak try jugak..tp keledek yg blom ade lagi lak..:)
@ummu
mudah jer buatnya lebih mudah dari kuih karipap tak perlu menggunakan kesenian tangan hehehe :)
salah satu kuih kegemaran nie....tapi dulu lah....sekarang nie dah jarang2 ambil kuih bergoreng nie....
kesiannn badak!!
Post a Comment