Pertama kali masak nasi kerabu, selama ni nak makan nasi kerabu ma yang buat, memanglah tahu cara-cara dan bahan-bahannya tapi bila nak buat sendiri rasa tak confidence takut tak jadi. Masa nak buatpun beberapa kali call ma padahal selama ini aku selalu jer tengok ma buat tapi still tak boleh nak ingat. Buat nasi kerabu ni leceh dan rumit banyak benda nak kena buat kalau setakat nak makan sorang dua baik beli jer lah. Tapi kalau tak belajar sampai bila-bilapun tak tau kan.....
Nasi biru dengan sekuntum bunga, air dari perahan bunga inilah yang menyebabkan nasi berwarna biru, untuk mendapatkan aroma yang wangi masukkan 2 helai daun limau purut bersama sebatang serai semasa masak nasi.
Tumis
Bahan-bahan: Santan, 4 biji bawang merah, 2 sudu gili giling, 1/2 inci halia, 1 batang serai, sekeping asam keping sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-cara : Masak santan sehingga mendidih kemudian masukkan bahan- bahan diatas, kacau sehingga terbit minyak.
Sambal Kelapa
Bahan-bahan : 1/2 biji kelapa, 4 ekor ikan kembung (direbus) 4 biji bawang kecil,
1/2 inci halia, 3 batang serai, sedikit lada hitam
Cara-cara : Goreng kelapa sehingga kekuningan, tumbuk bawang, serai dan halia
Ikan di buang tulang gaul isi ikan (hancurkan isi ikan) bersama kelapa dan
kesemua yang ditumbuk last masukkan garam, gula dan lada hitam
Ulam-ulaman
Kobis, daun kesum, daun serai kayu, bunga kantan
Daging Goreng
Satu hidangan lengkap Nasi Kerabu....
6 comments:
bestnya bestnya..dah lama teringin nak buat..tapi tak terbuat2..hehheh..eh..mana dapat bunga blue biru itu ya..nak beli kat mane
singgah....nak makan nasi kerabu nie...ada lagi ke...?
betul tuh kalau setakat nak makan sorang mmg tak berbaloi nak buat sbb byk sgt kerojernya..tapi kalo teringin terpaksa gak..:)
@liyana
bunga tu tak de jual kebetulan ada belakang rumah ...letak pewarna jer tapi jgn byk sgt
@ yan's
ni menu hari Ahad dah habis licin hehehe
@ ummuaidan
sungguh terasa keremehannya tapi atas dasar nak belajar buat jugak ler...
adoi...bikin terliur ni kak...
@ ana
alahai mak buyong beli jer lah yer tak berbaloi nak buat ....
Post a Comment