Sungguh ku tak sangka rupanya masih ada lagi tulang yang dapat masa hari Raya Korban
hari tu....adoaiii.... nasib elok lagi tak de masalah kan sebab dalam freezer....macam
tu la bila nak masak ambik yang bahagian atas jer....kat bawah sekali tak tau ada apa
hehehe ....kalau dah perasan takkan nak simpan lagi kan melampaulah tu......so hari ni
kita makan mee hoon sup tak yah masak nasi....
1/2 Kilo tulang
1/2 bungkus mee hoon
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ketul puah pelaga
2 sudu rempah kurma adabi
1 sup bunjut
2 sudu kunyit serbuk - untuk rendam mee hoon
Bawang goreng
Daun sup
Bahan-bahan cili kicap
1 ulas bawang putih -blender
15 biji cili api - blender
Sedikit gula dan garam
Perahan asam limau
Cara-cara
Rendam mee hoon bersama serbuk kunyit
Rebus tulang sehingga empuk guna pressure cooker 20 minit
Tumis bawang putih, lada hitam, kayu manis,bunga lawang, buah pelaga dan rempah kurma sehingga naik bau
Masukkan air
Masukkan tulang yang telah direbus
Masukkan sup bunjut
Masukkan halia tunggu sehingga mendidih
Masukkan garam dan sedikit serbuk perisa
2 comments:
ya Allah..sedak nyooo..peberet neh
suka sgt.. sebab anak2 suka, KA pun rakin juga buat !
Post a Comment